Pacu penyertaan kitar semula dalam kalangan rakyat Malaysia

Pacu penyertaan kitar semula dalam kalangan rakyat Malaysia

Dari kiri, Lim, Nishida dan Ketua Negara Bahagian Tenaga (Bateri) Panasonic Malaysia, Lau Swee San pada majlis pelancaran inisiatif ‘Energy for Green Future’ yang diadakan di Kuala Lumpur pada Khamis.

PANASONIC Malaysia telah bekerjasama dengan Harvey Norman melalui inisiatif ‘Energy for Green Future’ untuk memacu penyertaan aktif dalam kitar semula bateri dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Keisuke Nishida berkata, kerjasama itu menunjukkan tanda sokongan terhadap kelestarian alam sekitar dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menerima gaya hidup yang lebih mementingkan alam sekitar.

Beliau berkata, menerusi perkongsian penting itu, Panasonic dan Harvey Norman mahu memberikan kesan positif yang besar kepada alam sekitar, selain meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kitar semula bateri.

“Kerjasama ini merupakan langkah menangani cabaran global membabitkan perubahan iklim selaras dengan slogan tindakan jenama kami ‘Create Today. Enrich Tomorrow’ yang membolehkan kami menumpukan kepada memperkayakan kesejahteraan holistik pelanggan dan meningkatkan kesejahteraan planet kita.

Sumber