URUS niaga ringgit melantun semula ke paras 4.13 berbanding dolar AS ketika dibuka pagi ini, dirangsang oleh pengukuhan harga minyak mentah di tengah-tengah hasil bon AS dan dolar AS yang mereda.
Data
Sumber
Inspirasi Destinasi Menarik Percutian Impian
Destinasi Asia - The heart and soul of Asia
by
URUS niaga ringgit melantun semula ke paras 4.13 berbanding dolar AS ketika dibuka pagi ini, dirangsang oleh pengukuhan harga minyak mentah di tengah-tengah hasil bon AS dan dolar AS yang mereda.
Data
Sumber
by
KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd menjangkakan industri penerbangan global akan pulih seawal 2023 atau 2024 tetapi percaya Malaysia Airlines Bhd mempunyai struktur kos dan lembaran imbangan yang betul bagi menempuh perjalanan yang sukar selepas pandemik berakhir.
Menurut Pengarah Urusan, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, pemulihan industri terutama daripada segi pendapatan, akan mengambil masa bertahun-tahun untuk setara dengan tempoh sebelum Covid-19 dan sangat bergantung kepada fasa pemulihan pandemik, pembukaan semula sempadan antarabangsa serta permintaan perjalanan.
Pelan penstrukturan semula MAB yang meluas yang membabitkan persetujuan daripada Mahkamah United Kingdom pada 22 Februari lepas memberikan syarikat penerbangan itu, prospek yang jauh lebih baik walaupun ramai orang berpendapat, beberapa bentuk penyatuan dalam industri berkenaan adalah tidak dapat dielakkan.
“Lebih kurang RM15 bilion liabiliti tertunggak dalam keseluruhan struktur hutang telah diselesaikan, sama ada melalui pengampunan hutang atau penumpuan hutang kepada ekuiti, membolehkan lembaran imbangan ditetapkan semula pada tahap yang lebih mampan.
”Kami juga menerima sokongan penting pemiutang daripada segi pengurusan kecairan, misalnya, untuk mewujudkan struktur kos yang lebih berdaya maju pada masa akan datang,” katanya semasa persidangan maya selepas membentangkan laporan prestasi kewangan Khazanah 2020 pada Khamis.
Shahril Ridza menjelaskan Khazanah juga telah menangguhkan penghantaran pesawat baharu ke satu tarikh iaitu selepas pasaran mula memulih memandangkan pemilikan itu akan menelan angka yang agak besar daripada langkah penstrukturan semula kosnya.
Di bawah pelan penstrukturan semula itu, Khazanah komited untuk menyuntik sehingga RM3.5 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang, satu langkah penting bagi memberi gerenti kepada pemiutang agar mereka dapat memberikan diskaun, potongan dan penumpuan hutang kepada ekuiti yang diperlukan untuk memperbaiki lembaran imbangan syarikat penerbangan berkenaan.
Katanya lagi, dana kedaulatan itu komited bagi menyokong Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) dalam melaksanakan penstrukturan semula dalamannya.
MAG akan memberi tumpuan untuk bekerjasama dengan kerajaan dan pihak berkepentingan bagi memulihkan semula perjalanan udara termasuk industri secara keseluruhan, serta meneruskan inisiatif pemuliharaan tunai syarikat penerbangan itu.
Khazanah Nasional adalah pemegang saham tunggal MAB, melalui anak syarikatnya MAG.
Shahril Ridza ketika ditanya mengenai sebarang jaminan jika MAB mampu mencipta keuntungan selepas program penstrukturan semulanya berkata, “tiada jaminan tetapi apa yang telah kami buat adalah menjalankan perundingan dengan semua pihak berkepentingan untuk meletakkan syarikat penerbangan itu dalam kedudukan yang lebih baik”.
Industri penerbangan di Malaysia mempunyai situasi terlebih bekalan untuk jangka masa yang sangat lama, ini menyebabkan penyatuan tidak dapat dielakkan.
Bagaimanapun, pemilikan sebuah syarikat penerbangan nasional adalah pendekatan yang amat tepat untuk Malaysia berhubung dengan dunia, bagi membawa masuk kargo dan bekalan vaksin Covid-19, yang mana Malaysia Airlines kini berada di barisan hadapan untuk negara.
”Pelaburan yang kami lakukan dalam beberapa tahun akan datang akan memastikan syarikat penerbangan ini berkembang sehingga ia mengalami pemulihan, yang merupakan sebahagian daripada sokongan yang diperlukan untuk ekonomi dan infrastruktur negara,” katanya lagi.
Pada 2020, keuntungan operasi Khazanah jatuh kepada RM2.9 bilion berbanding RM7.4 bilion yang dicatatkan semasa 2019.
Pendapatan dividen daripada syarikat pelaburan meningkat kepada RM5.2 bilion daripada RM3.8 bilion tetapi diimbangi oleh keuntungan pelupusan yang lebih rendah sebanyak RM2.7 bilion berbanding RM9.9 bilion pada 2019.
Impak pandemik Covid-19 membawa kepada kemerosotan yang lebih tinggi sebanyak RM6.0 bilion, terutamanya dalam aset penerbangan dan perhotelan, berbanding RM4.9 bilion pada tahun sebelumnya. – Bernama
by
YANGON – Penunjuk perasaan antirampasan kuasa di Myanmar terus menjadi sasaran pasukan keselamatan apabila mereka melancarkan serbuan dari rumah ke rumah untuk memburu peserta protes terbabit pada awal
Sumber
by
BIMB Holdings Berhad (BHB) mengumumkan akan meneruskan usaha penstrukturan semula kumpulannya yang akan membuka nilai signifikan bagi pemegang saham dan memindahkan status penyenaraiannya kepada anak syarikatnya,
Sumber
by
Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani berkata, kebanyakan orang menggambarkan bahawa orang yang berjaya itu mempunyai rumah besar, berkereta mewah dan seterusnya memiliki dunia.
Menurutnya, kejayaan hidup ini ialah apabila kita berjaya memfokuskan diri kita ke akhirat dan itu cara ALLAH SWT menjadikan demikian (kejayaan).
“Antara perkara yang melalaikan hidup kita ini ialah harta benda dan anak-pinak. Anak-pinak mengajar kita supaya kita tidak menjadi soleh dan tidak baik, kita terpengaruh dengan adik-beradik dan jiran.
“Harta benda pula menyebabkan kita tidak bersedekah dalam hidup kita ini. Apabila kita terlampau sibuk dalam mengejar harta, kedudukan, pangkat dan pingat, kita terbuai-buai dengan harta benda tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian selaku panelis pada Wacana Al-Quran Siri 28 bertajuk Sedekah: Andai Aku Tahu yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian semalam.
Wacana itu turut menampilkan aktivis sosial, Syed Azmi Alhabshi, manakala Ketua Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Fazrul Ismail bertindak sebagai moderator serta qari, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman yang mengalunkan bacaan surah Al Munafiqun.
Ahmad Dusuki berkata, solat merupakan hubungan manusia dengan ALLAH SWT, manakala sedekah ini adalah hubungan manusia dengan manusia dan makhluk di atas muka bumi.
Dari kiri: Fazrul, diikuti Syed Azmi, Ustaz Ahmad Dusuki dan Ahmad Tarmizi pada pada Wacana Al-Quran Siri 28 bertajuk Sedekah: Andai Aku Tahu yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian.
“Kita kena faham, harta benda yang kita ada sebenarnya ALLAH SWT bagi bukan untuk di dunia tetapi untuk ke akhirat. Kebanyakan masyarakat kita menggunakan harta di dunia untuk berhibur, berkaraoke dan berjudi dan sebagainya, yang ini silap. Ia merupakan kefahaman yang salah dalam kalangan kita.
“ALLAH SWT memberikan kita harta benda dengan tujuan untuk bersedekah, berwakaf dan berinfak,” katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad Dusuki berkata, ALLAH SWT memberikan 15 ganjaran kepada mereka yang bersedekah antaranya umur yang panjang dan boleh menyebabkan kesembuhan penyakit yang dihidapi.
“Jika orang bersedekah, mudah-mudahan bala yang ALLAH SWT turunkan ini terangkat dengan sedekah yang kita lakukan,” katanya.
Beliau berkata, terdapat tiga perkara yang tidak boleh dihapuskan ialah kemiskinan tetapi boleh dikecilkan, kejahilan tidak boleh dihapuskan kerana sentiasa lahir orang baru yang jahil dan proses berada di atas lebih baik berada di bawah iaittu tangan di atas lebih mulia memberi daripada yang menerima.
Tambahnya, konsep sampaikan zakat sekarang lebih kepada masyarakat mengecilkan kemiskinan bukan untuk menjadikan orang itu bertambah penagih terhadap bantuan.
“Alhamdulillah, zakat di Malaysia sudah berjaya dan banyak digerakkan termasuk wakaf yang merupakan instrumen baharu yang digunakan dalam masyarakat kita,” katanya.
Katanya, ALLAH SWT menjanjikan ganjaran lebih besar daripada apa yang kita berikan.
“Supaya kita tidak menyesal jika hampir mati, bersedekahlah sekarang untuk apa menyimpan di dunia yang terpaksa ditinggalkan, lebih baik hantar ke akhirat,” katanya.
by
SHAH ALAM – Ganjaran besar menanti mereka yang menginfakkan harta ke jalan ALLAH kerana antara elemen yang ada dalam perbuatan tersebut ialah ia memberi manfaat kepada manusia sejagat.
Pengarah Akademi
Sumber
by
Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!
by
SHAH ALAM – FGV Holdings Berhad (FGV), melalui anak syarikatnya, FGV Rubber Industries Sdn Bhd (FGVRI) mengembangkan pasaran getahnya ke Eropah dan Amerika Utara melalui pelantikan Rubber Heart Ltd (RHL),
Sumber
by
TREN baharu Bombardier Innovia Metro 300 milik Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mencatat sejarah sebagai tren pertama dihantar menerusi pesawat kargo di Malaysia dan Asia Tengara.
Unit kelima daripada
Sumber
by
BANGI – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan merangka strategi bagi meningkat semula eksport minyak sawit ke Iran yang akhir ini menunjukkan penurunan rentetan daripada pandemik Covid-19.
Pengerusinya,
Sumber