KUALA LUMPUR – Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) telah melantik Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai pengerusi baharu Lembaga Pemegang Amanahnya berkuat kuasa serta merta, menggantikan Tan Sri
Sumber
Giant berwajah baharu
PETALING JAYA – Pasar raya besar Giant kini berwajah baharu dengan memfokuskan kepada produk berkualiti dan segar di 57 cawangan seluruh negara.
Selari dengan pembaharuan itu, pasar raya yang bertapak
Sumber
Stesen Bank Rakyat-Bangsar tampil berwajah baharu
BANK Rakyat menampilkan wajah baharu Stesen Bank Rakyat-Bangsar sebagai langkah penjenamaan semula stesen transit aliran ringan berkenaan yang terletak kurang satu kilometer dari ibu pejabat Bank Rakyat
Sumber
Muslim Pro sedia dua ciri baharu sempena Ramadan
APLIKASI terkenal antarabangsa dengan jumlah hampir 100 juta pengguna, Muslim Pro menyediakan dua ciri baharu sempena bulan Ramadan iaitu penjejak zikir dan audio terjemahan al-Quran.
Pengguna Muslim Pro kini dapat menetapkan misi kiraan zikir setiap hari dan menjejaknya dalam fitur tasbih yang tersedia dalam aplikasi yang dibangunkan atas permintaan ramai pengguna.
Dengan rakaman audio yang disertakan, pengguna juga dapat mendengar dan mengikuti bacaan zikir.
Muslim Pro menggunakan teknologi bagi terus berinovasi dan meningkatkan kualiti aplikasi, sekali gus berkhidmat kepada ummah dengan lebih baik.
Untuk meningkatkan akses aplikasi kepada pengguna di pelbagai pasaran, Muslim Pro telah mengintegrasikan teknologi teks-ke-ucapan dalam fitur al-Quran yang diterjemahkan dalam pelbagai bahasa.
Menariknya, audio terjemahan al-Quran akan dimainkan tepat selepas bacaan Arab bagi setiap ayat.
Pada masa ini, aplikasi Muslim Pro mempunyai sekitar 70 terjemahan dan beberapa bahasa mempunyai pelbagai versi terjemahan.
Teknologi teks-ke-ucapan adalah ciri tambahan untuk terjemahan al-Quran ini dan pengguna boleh mencari pilihan ‘bacaan audio tersedia’ di bawah terjemahan tertentu untuk mengetahui terjemahan yang mempunyai ciri bacaan audio yang baru.
Ketua Komuniti Muslim Pro, Zahariah Jupary berkata, Muslim Pro adalah untuk ummah dan untuk memberi inspirasi kepada individu serta memperkuatkan komuniti dan kesungguhan itulah mendorong mereka meningkatkan kualiti secara berterusan.
“Kami mahu ciri-ciri baru ini membantu dan mempermudahkan pelaksanaan amal ibadah komuniti kami, kerana audio terjemahan al-Quran akan membolehkan pengguna mendengar terjemahan al-Quran dalam mana-mana bahasa yang tersedia di aplikasi.
“Sementara penjejak zikir akan mendorong ummah untuk meningkatkan ingatan kepada ALLAH walau di mana pun mereka berada,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Zahariah menambah bahawa kedua-dua ciri baharu itu adalah sebahagian daripada janji Muslim Pro untuk sentiasa mengutamakan pengguna ‘dalam semua yang mereka lakukan’.
“Kami akan selalu mendengar suara komuniti kami dan meningkatkan kualiti aplikasi untuk membantu Ummah dalam ibadah mereka,” katanya.
Beliau berkata, ramai yang beralih kepada Muslim Pro ketika pandemik Covid-19.
“Kami melihat lonjakan besar dalam penggunaan aplikasi sepanjang waktu pandemik Covid-19, jadi kami tahu aplikasi kami membantu orang dalam amalan mereka,” katanya.
Inovasi-inovasi terbaru melengkapkan senarai ciri lengkap aplikasi yang diperkenalkan oleh Muslim Pro selama bertahun-tahun untuk menyokong Ummah dalam menunaikan ibadah mereka.
Pada masa ini, aplikasi yang tersedia di Apple App Store (iOS), Google Play Store (Android) dan KaiOS, mempunyai ciri-ciri yang merangkumi: waktu solat yang tepat, azan, al-Quran dengan audio lengkap, panduan masjid dan restoran halal, kompas kiblat, kalendar Hijrah, pengiraan zakat, kata-kata inspirasi harian, penjejak puasa dan solat, perjalanan haji secara virtual, ayat al-Quran popular dan doa.
“Setiap hari, kami fokus untuk membina aplikasi mudah alih yang lebih baik, yang relevan dan berguna untuk Ummah. Ciri perjalanan haji secara virtual yang dilancarkan tahun lalu semasa musim haji amat berguna bagi umat Islam yang tidak dapat ke kota suci Mekah; ini sangat relevan sewaktu musim Covid-19 kali ini, ” kata Zahariah.
Zahariah berkata, selain kempen ‘World Quran Month (WQM)’ pada bulan Ramadan, Muslim Pro juga merancang Acara Membaca Al-Quran Sedunia untuk menyatukan umat Islam dalam mendorong antara satu sama lain untuk membaca al-Quran.
Realmeow cetus rekaan trend baharu
JENAMA telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia, realme mengumumkan rekaan maskot mainan baharunya, realmeow bagi mendemokrasikan budaya pembawa trend baharu Selain mempamerkan keperibadian
Sumber
Dua saluran baharu dalam pek hiburan kanak-kanak di Astro
SENTIASA memberikan pengisian kandungan hiburan terbaik buat pelanggan setia, Astro tampil memperkenalkan dua saluran baharu beserta 10,000 episod On Demand menerusi Pek Kanak-Kanak (Kids Pack) bermula
Sumber
Pelancaran MSD seiring normal baharu
PERMODALAN Nasional Berhad (PNB) melancarkan Minggu Saham Digital (MSD) yang disiarkan secara maya di ibu negara semalam.
Pelancaran itu disempurnakan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Tengku Zafrul dalam ucapannya turut menzahirkan ucapan tahniah kepada PNB atas inisiatif meneruskan acara tahunan istimewanya iaitu Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) meskipun kini dibawakan dalam bentuk digital dan diberi nama baharu iaitu MSD.
“Saya dimaklumkan bahawa sejak acara sulungnya pada tahun 2000, MSAM tidak pernah gagal mendekati rakyat Malaysia dengan pameran dan pelbagai aktiviti berteraskan pendidikan pelaburan di seluruh negara.
“Pada hemat saya, acara ini berjaya diadakan saban tahun berkat sokongan berterusan semua pihak termasuk kerajaan negeri, agensi kerajaan dan juga syarikat-syarikat korporat.
“Manfaat penganjurannya pula sampai kepada lebih 3.9 juta pengunjung yang berpeluang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti bersama keluarga.
“Lebih penting lagi, pelabur PNB berpeluang memahami dengan lebih dalam bagaimana wang mereka dilaburkan,” katanya ketika menyempurnakan pelancaran MSD secara maya semalam.
Serentak itu juga, Tengku Zafrul merasmikan pelancaran Amanah Saham Nasional (ASN) Imbang 3 Global iaitu dana unit amanah pertamanya yang mempunyai portfolio pelaburan di pasaran antarabangsa.
Turut hadir ialah Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn.
Tengku Zafrul berkata, penganjuran MSD diharap menjadi tarikan pengunjung dalam talian khususnya golongan belia dan remaja seiring dengan usaha untuk membangunkan masyarakat celik pelaburan dan pada masa sama turut celik digital.
“Perkongsian maklumat secara dalam talian menerusi MSD ini akan memastikan rakyat mendapat manfaat dengan cara yang selamat dan selesa dari mana saja kita mengikutinya,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Tengku Zafrul berkata, kerajaan dengan kerjasama semua pihak sedang giat mempersiapkan Malaysia ke arah transformasi digital bagi memacu pertumbuhan ekonomi yang mapan dan saksama di seluruh negara.
Katanya, ini penting dalam usaha kerajaan menyediakan tenaga kerja dengan kemahiran yang tepat untuk memenuhi cabaran industri pada masa hadapan.
“Transformasi MSAM kepada MSD hanyalah salah satu contoh di mana perjalanan kita berterusan dalam normal baharu yang semakin menjadi kebiasaan dalam penularan wabak Covid-19.
“Dengan itu, kerajaan telah mempercepatkan usaha memudah cara rakyat dan perniagaan mengadaptasi pendigitalan, bermula dengan inisiatif yang diperkenalkan dalam pakej Prihatin, Penjana dan Kita Prihatin sejak bulan Mac untuk membantu perniagaan memulakan penghijrahan digital mereka sendiri.
“Ekonomi digital adalah fokus utama dalam pelan pemulihan ekonomi negara agar kita pulih kembali seperti sediakala,” katanya.
Sementara itu, Zeti Akhtar pada sidang akhbar berkata, PNB akan terus meningkatkan portfolio pelaburan di pasaran luar negara.
“Pelaburan luar negara ini akan ditingkatkan secara berkala bergantung kepada unjuran semasa. Kita akan melihat kepada tinjauan ekonomi dan jika bersesuaian, PNB akan memperkenalkan lagi produk pelaburan luar negara yang baharu.
“Bagaimanapun, PNB bukan saja akan menumpukan kepada pelaburan luar negara semata-mata tetapi turut akan membabitkan kepada pasaran domestik,” katanya.
Mengulas mengenai pelancaran ASN Imbang 3 Global, Zeti Akhtar berkata, ia merupakan dana unit amanah pertama dimiliki syarikat pengurusan unit amanah milik penuh PNB, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang mempunyai portfolio pelaburan di pasaran antarabangsa.
Katanya, ASN Imbang 3 Global yang merupakan unit amanah harga berubah ditawarkan kepada semua rakyat negara ini dengan pelaburan permulaan minimum RM10.
“ASN Imbang 3 Global sesuai untuk mereka yang mencari destinasi pelaburan dengan risiko sederhana dan mengharapkan peningkatan modal dan pulangan daripada pelaburan untuk jangka panjang,” katanya.
Menyentuh mengenai MSD, Zeti Akhtar berkata, ia akan dijadikan sebagai acara tahunan.
“Sebagai sebuah institusi pelaburan utama negara, PNB berpegang teguh kepada mandat yang diberikan untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan bagi membantu membangunkan ekonomi bumiputera dan semua rakyat Malaysia.
“Justeru, pada tahun ini kita telah merombak MSAM ke format digital selaras dengan perkembangan era teknologi. Format baharu ini mudah dilayari dan boleh diakses oleh lebih ramai lagi rakyat Malaysia. Maka, lahirlah MSD yang bertemakan ‘Labur Bersama’.
“MSD berlangsung secara digital dan program yang diaturkan adalah menyeluruh serta boleh disertai segenap lapisan rakyat,” katanya.
Beliau berkata, acara yang berlangsung selama tujuh hari bermula 18 hingga 24 November ini dibawa secara livestream.
“Seperti acara MSAM sebelum ini, MSD padat dengan aktiviti interaktif serta hibur didik untuk membimbing masyarakat mengenai pelaburan dan perancangan kewangan,” katanya.
Model ekonomi baharu perlu dilaksanakan
SHAH ALAM – Model ekonomi baharu seperti pendapatan asas sejagat perlu dipertimbangkan untuk dilaksanakan kerajaan dalam keadaan krisis pandemik koronavirus (Covid-19) sekarang.
Penganalisis Ekonomi,
Sumber
Normal baharu berpandukan al-Quran
Newsletter
Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!
Huawei IdeaHub: Selesaikan kerja dalam norma baharu
KUALA LUMPUR – Pandemik Covid-19 telah memacu peningkatan mendadak terhadap platform digital di seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Keperluan mendesak kepada penggunaan platform digital ini disebabkan
Sumber
- 1
- 2
- 3
- …
- 14
- Next Page »