Grab Malaysia naik taraf, perkenal ciri baharu bantu rakyat berjimat

Grab Malaysia naik taraf, perkenal ciri baharu bantu rakyat berjimat

GRAB Malaysia mengumumkan kelebihan terkini aplikasi syarikatnya yang sudah dinaik taraf serta ciri baharu yang bakal memberi manfaat besar kepada pengguna menerusi program #SaveWithGrab.

Ketua Pemasarannya, Hassan Alsagoff berkata, ia selaras dengan matlamat syarikat yang mahu memastikan rakyat Malaysia untuk terus menjimatkan wang dalam perbelanjaan harian.

“Grab Malaysia telah menaik taraf ciri sedia ada bagi memudahkan pengguna seperti penjimatan hantaran menerusi ‘Saver’, memperkenalkan kaedah pesanan secara kumpulan dan pemberian baucar ‘dine in’.

“Menerusi penjimatan penghantaran, pihak kami menawarkan caj yang lebih rendah di mana rekod antara Januari hingga Ogos 2023 rakyat Malaysia mencatatkan penjimatan sebanyak RM27 juta menerusi perkhidmatan ‘Saver’,” katanya ketika sidang media ‘Cara rakyat Malaysia boleh berjimat dengan Grab’ pada Rabu.

Sumber