Bank Rakyat perkenal perkhidmatan pembukaan Akaun Simpanan-i tanpa kertas

Bank Rakyat perkenal perkhidmatan pembukaan Akaun Simpanan-i tanpa kertas

BANK Rakyat komited memacu pembangunan perkhidmatan kewangan berteraskan kelestarian dengan memanfaatkan keupayaan digital dalam operasi perniagaannya menerusi pengenalan perkhidmatan pembukaan Akaun Simpanan-i tanpa kertas melalui platform BRICK (Bank Rakyat Quick).

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr Mohammad Hanis Osman berkata, perkhidmatan pembukaan Akaun Simpanan-i tanpa kertas ini merupakan inisiatif transformasi digital Bank Rakyat bagi memperluaskan akses perbankan untuk pelanggan, sekali gus menggerakkan amalan perniagaan ke arah matlamat kelestarian.

“Inisiatif tanpa kertas ini yang mana seiring dengan aspirasi Rangka Tindakan Digitalisasi dan Kelestarian Bank Rakyat 2025 menunjukkan komitmen berterusan Bank Rakyat dalam membangunkan persekitaran perbankan yang lebih inklusif melalui produk kewangannya yang inovatif bertepatan dengan nilai daya cipta Madani serta mesra alam bagi memudahkan peralihan ke arah masa depan yang lebih hijau.

“Ia juga sebagai usaha Bank Rakyat bagi memupuk sikap kebertanggungjawaban masyarakat dalam memelihara alam sekitar menerusi penggunaan sumber secara bertanggungjawab dan tidak melakukan pembaziran yang berterusan bagi merealisasikan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG),” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sumber