CIDB sambut baik Belanjawan 2024, sedia banyak peluang kerja pembinaan

CIDB sambut baik Belanjawan 2024, sedia banyak peluang kerja pembinaan

LEMBAGA Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menyambut baik Belanjawan 2024 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Mohd Zaid Zakaria berkata, bajet tersebut memperuntukkan sebanyak RM72.7 bilion untuk perlaksanaan kerja-kerja pembinaan kerajaan.

Menurut beliau, projek tersebut kebanyakannya meliputi projek-projek penyelenggaraan dan baik pulih sekolah, kuarters, jalan persekutuan, tandas-tandas awam serta parit dan longkang.

“Projek-projek ini akan membuka peluang kerja-kerja pembinaan untuk kontraktor-kontraktor kecil dan sederhana (G1 hingga G4) dan merancakkan lagi industri pembinaan negara.

Sumber