KitKat Golden Dragon meriahkan Tahun Baharu Cina

KitKat Golden Dragon meriahkan Tahun Baharu Cina

Cosellas (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols (tiga dari kanan) bergambar bersama tetamu yang hadir pada majlis pelancaran KitKat Golden Dragon yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KITKAT dari Nestle melancarkan KitKat Golden Dragon iaitu coklat edisi terhad yang inovatif sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Produk baharu itu merupakan KitKat pertama di seluruh dunia yang menggunakan teknologi pemarmaran dan pemudaran (Farbling) untuk dihasilkan.

“Teknologi ini membolehkan penciptaan reka bentuk yang rumit, berilhamkan sisik naga mitos yang menyerlah dengan kombinasi warna-warna semula jadi dan terang dalam rona merah dan kuning keemasan.

“KitKat Golden Dragon merupakan edisi di luar kelaziman yang menampilkan perisa Zesty Orange yang lazat. Hasil kajian daripada Mintel menunjukkan bahawa perisa bermusim menjadi pilihan utama dalam kalangan pengguna, dengan perisa oren sebagai trend coklat bermusim yang utama, selain perisa lain seperti kurma, kranberi, malt dan salted caramel,” jelas kenyataan itu.

Sumber