Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan mata wang dolar itu pulih daripada penurunan terendah dalam lebih dua bulan awal minggu ini. - Gambar hiasan

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan mata wang dolar itu pulih daripada penurunan terendah dalam lebih dua bulan awal minggu ini. – Gambar hiasan

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan mata wang dolar itu pulih daripada penurunan terendah dalam lebih dua bulan awal minggu ini didorong oleh data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh daripada jangkaan.

Data pada Oktober sekali lagi mencetuskan ketidaktentuan haluan kadar faedah AS, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.6850/6910 berbanding dolar AS 4.6695/6755 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit lemah pada sesi pagi dan berada pada RM4.7175 berbanding dolar AS tetapi pulih pada tengah hari kepada RM4.6890.

Sumber