Niaga hadapan emas ditutup rendah

Niaga hadapan emas ditutup rendah

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini apabila dolar AS melantun semula daripada paras terendahnya dalam tempoh lebih dua bulan pada awal minggu ini disokong oleh data jualan Amerika Syarikat yang lebih kukuh daripada jangkaan, kata seorang peniaga.

Pada penutup dagangan, kontrak November 2023 turun kepada AS$1,971.60 setiap auns troy daripada AS$1,975.30 setiap auns troy pada Rabu, Disember jatuh kepada AS$1,981.70 setiap auns troy daripada AS$1,985.40 setiap auns troy dan Januari 2024 berkurangan kepada AS$1,991.40 setiap auns troy daripada AS$1,995.10 setiap auns troy.

Kontrak Februari 2024, April 2024 dan Jun 2024 semuanya ditutup pada AS$2,000.30 setiap auns troy.

Jumlah dagangan turun kepada 253 lot daripada 315 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 426 kontrak daripada 499 kontrak.

Sumber