Sarawak rekod pendapatan cecah RM13.1 bilion pada 2023 – Abang Jo

Sarawak rekod pendapatan cecah RM13.1 bilion pada 2023 – Abang Jo

Abang Johari (dua dari kiri) memerhatikan penyerahan cek bantuan kepada Komuniti untuk Golongan Miskin Bandar Kuching (SKUP) pada majlis Rumah Terbuka Krismas Bishop Kuching di Gereja Besar St Thomas, pada Isnin. - Foto Bernama

Abang Johari (dua dari kiri) memerhatikan penyerahan cek bantuan kepada Komuniti untuk Golongan Miskin Bandar Kuching (SKUP) pada majlis Rumah Terbuka Krismas Bishop Kuching di Gereja Besar St Thomas, pada Isnin. – Foto Bernama

SARAWAK telah merekodkan pendapatan mencecah RM13.1 bilion pada 2023, angka tertinggi yang pernah dicapai oleh negeri itu, kata Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh Setiausaha Kewangan Negeri pada minggu lepas.

“Pendapatan kita mencecah angka RM13.1 bilion kerana kita mendapat dividen pada bulan Disember dan ini adalah satu rekod dari segi pendapatan kita.

“Memandangkan kerajaan negeri meneruskan langkah untuk menjana lebih banyak hasil dan pengenalan pelbagai undang-undang bagi tujuan itu baru-baru ini, terdapat kemungkinan pendapatan kita akan terus menyaksikan peningkatan.

Sumber