Tamasya Anak Muda: “Moderen Bukan Erti Kebaratan, Tradisi Tidak Bererti Kolot”

Tamasya Anak Muda: “Moderen Bukan Erti Kebaratan, Tradisi Tidak Bererti Kolot”

Tamasya Anak Muda, festival revolusi budaya di Jiospace, Petaling Jaya pada 5-6 Januari 2024, bukan sekadar pertunjukan musik. Gabungan seni, budaya, dan aktiviti komuniti dengan semangat kerakyatan modern. Slogan mereka, “moderen bukan erti kebaratan, tradisi tidak bererti kolot,” mencerminkan pertemuan tradisi dan kekinian. Seni warisan budaya dan kerakyatan tetap moden dan relevan jika jiwa rakyat tetap sebagai intisari dan pusatnya.

Festival ini menyatukan pelbagai bakat-bakat tempatan dalam satu platform. Di atas  pentas, pengunjung akan disajikan dengan persembahan langsung daripada artis-artis  dan kumpulan ternama seperti Leaism, Amir Jahari, Arish Mikael, Pitahati, Margasatwa,  Satwo, Iqbal M., Fazleena & The Lasykar, dan Jemput Dengar (DJ). Malah, para  pengunjung juga akan mendapat peluang emas untuk menyaksi dan mengamati sebuah  ‘pengalaman’ muzik dan persembahan oleh seniman legendaris M.Nasir di atas pentas  Jiospace pada hari tersebut.

Tamasya Anak Muda bukan hanya sekadar pesta muzik. Di perkarangan luar, terdapat  Tamasya Sunburst Marketplace yang menyajikan jenama-jenama terkemuka, kedai-kedai  unik, serta instalasi seni yang menarik. Pengunjung juga akan diajak untuk menikmati  alunan muzik busking di acara tersebut, yang tidak hanya memainkan lagu-lagu arus  perdana, tetapi membawa tema-tema kerakyatan dan tradisi juga.

Tamasya Sunburst Marketplace yang akan diadakan pada dua-dua hari tersebut di perkarangan luar festival ini boleh diakses secara percuma kepada para pengunjung. Bagi  peminat konsert yang akan diadakan pada Sabtu, 6 Januari sahaja, tiket boleh didapati  dengan harga RM207. Diskaun istimewa akan ditawarkan pada harga RM177 yang akan  mula dijual dari 9hb Disember (3pm) hingga 15 Disember (12am).

Tamasya Anak Muda dianjurkan oleh Luncai Emas, sebagai pengurus acara utama,  bersama rakan-rakan kongsi seperti Sunburst Store yang bertanggungjawab dalam kurasi  Tamasya Sunburst Marketplace, Mercy Malaysia sebagai NGO yang mengumpul derma  buat mangsa-mangsa tragedi di Palestin, SIAR dalam penganjuran aktiviti-aktiviti, Fung  Keong dan sebagainya. Tamasya Anak Muda juga telah disokong oleh Yayasan Hasanah  dan ArtsFAS, yang turut serta menjayakan festival ini.

Tentang Tamasya Anak Muda

Tamasya Anak Muda merupakan pintu kepada revolusi budaya yang diilhamkan oleh seni  dan muzik. Ia meraikan kepelbagaian dan perpaduan antara tradisi dan kekinian dalam  satu platform untuk menggerakkan minda generasi muda.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini serta pembelian tiket, sila layari www.jiotix.asia .

Sila gunakan #TamasyaAnakMuda dalam media sosial untuk berkongsi pengalaman  anda!