VFive Group sasar RM30 juta sumbangan kebajikan pada 2024

VFive Group sasar RM30 juta sumbangan kebajikan pada 2024

SYARIKAT milik penuh Bumiputera, VFive Group menyasarkan untuk meningkatkan peruntukan sumbangan kebajikan sebanyak RM30 juta bagi membantu golongan yang memerlukan pada tahun 2024.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengasas VFive Group, Datuk Mohd Syafiq Abdullah berkata, syarikat sentiasa menerapkan konsep keberkatan dengan menjadikan kerja bakti, kebajikan dan dermawan sebagai teras dalam setiap urusniaga yang dijalankan.

“Melalui saluran kebajikan yang kita telah tubuhkan iaitu Yayasan VFive, kita telah berjaya menyalurkan sumbangan sebanyak RM25 juta pada tahun 2023.

“Kita juga akan memperluaskan lagi inisiatif menerusi yayasan termasuk Program Kembara Beras Amal, Berkat Jumaat, Gerobok Rezeki, Sumbangan Bakul Makanan dan pelbagai lagi program pembangunan modal insan,” katanya ketika ditemui di Majlis Apresiasi Mahabbah Insani VFive Group di The Everly pada Ahad.

Sumber