Ringgit dijangka mengukuh berbanding dolar AS minggu depan

Ringgit dijangka mengukuh berbanding dolar AS minggu depan

Ringgit dijangka kekal pada paras sekitar 4.6200 hingga 4.6300. - Gambar hiasan

Ringgit dijangka kekal pada paras sekitar 4.6200 hingga 4.6300. – Gambar hiasan

RINGGIT dijangka menyaksikan urus niaga lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan dan bergerak dalam jajaran RM4.62 hingga RM4.63 dalam persekitaran permintaan yang lebih rendah menjelang cuti Krismas dan Tahun Baharu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, minggu depan dijangka lebih tenang apabila peniaga dan pengurus dana bercuti.

“Data ekonomi juga mungkin tidak mempunyai kesan ketara terhadap pasaran mata wang.

“Berikutan itu, kami menjangkakan ringgit kekal pada paras sekitar 4.6200 hingga 4.6300 memandangkan gandingan mata wang itu mungkin menghampiri paras sokongan segera pada 4.5778,” katanya kepada Bernama.

Sumber