Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$112.8 bilion pada 15 Disember

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$112.8 bilion pada 15 Disember

Gambar hiasan - Foto 123RF

Gambar hiasan – Foto 123RF

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$112.8 bilion (AS$1=RM4.63) pada 15 Disember 2023, daripada AS$112.3 bilion pada 30 November 2023.

Bank pusat itu berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan merupakan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.​

Ia berkata, komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$100.7 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.8 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM638.65 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM529.64 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.01 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.17 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM67.69 bilion).

Sumber