Ringgit mungkin diniagakan dalam mod berhati-hati berbanding dolar AS

Ringgit mungkin diniagakan dalam mod berhati-hati berbanding dolar AS

RINGGIT dijangka diniagakan dalam mod berhati-hati berbanding dolar AS minggu depan berikutan peniaga mencari petunjuk baharu pada data ekonomi yang lebih penting.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, tumpuan akan diberikan kepada Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) dan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku ketiga 2023, yang akan diumumkan, masing-masing pada 14 dan 17 November.

“Anggaran awal yang dikeluarkan bulan lepas menunjukkan ekonomi Malaysia telah berkembang pada kadar yang baik sebanyak 3.3 peratus selepas perlahan kepada 2.9 peratus pada suku sebelumnya.

“Oleh itu, kami percaya ringgit akan terus berlegar sekitar RM4.70 minggu depan berikutan pasaran menunggu lebih banyak petunjuk kemungkinan peralihan pendirian monetari Rizab Persekutuan (Fed) AS,” katanya kepada Bernama.

Sumber