Niaga hadapan emas dijangka catat dagangan berhati-hati minggu depan

Niaga hadapan emas dijangka catat dagangan berhati-hati minggu depan

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan berhati-hati minggu depan berikutan pasaran memasuki tempoh yang tenang menjelang perayaan Krismas dan Tahun Baharu. - Gambar hiasan

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan berhati-hati minggu depan berikutan pasaran memasuki tempoh yang tenang menjelang perayaan Krismas dan Tahun Baharu. – Gambar hiasan

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan berhati-hati minggu depan berikutan pasaran memasuki tempoh yang tenang menjelang perayaan Krismas dan Tahun Baharu.

Rakan Pengurusan SPI Asset Managemen,t Stephen Innes berkata, pasaran emas akan menyaksikan tindakan yang terhad melainkan terdapat kejutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang penting minggu depan.

“Risiko yang tinggi masih di Timur Tengah, tetapi berdasarkan tingginya hasil AS tanpa pemangkin yang tidak dijangka, kita akan melihat pasaran yang tidak menentu minggu depan.

“Melainkan situasi di Timur Tengah lebih serius, emas akan bergerak lebih tinggi dengan respons Pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell mengenai kenaikan terbaru kadar,” katanya kepada Bernama.

Sumber