SkyAwani 3 Residences rangkul Anugerah Reka Bentuk Inovatif

SkyAwani 3 Residences rangkul Anugerah Reka Bentuk Inovatif

Chee Seng menerima Anugerah Reka Bentuk Inovatif kategori Anugerah Pembangunan Mampan Cemerlang Malaysia sempena MUPA PLANMalaysia 2023, Khamis lalu.

Chee Seng menerima Anugerah Reka Bentuk Inovatif kategori Anugerah Pembangunan Mampan Cemerlang Malaysia sempena MUPA PLANMalaysia 2023, Khamis lalu.

PERUMAHAN mampu milik yang dibangunkan SkyWorld Development Bhd, SkyAwani 3 Residences merangkul Anugerah Reka Bentuk Inovatif di bawah kategori Anugerah Pembangunan Mampan Cemerlang Malaysia di Anugerah Perancangan Bandar Malaysia (MUPA) PLANMalaysia 2023 pada Khamis.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Chee Seng berkata, skybridge di Skyawani 3 Residences yang berketinggian 170.55 meter milik syarikatnya itu juga diiktiraf sebagai Jambatan Langit Kediaman Tertinggi di Malaysia oleh Malaysia Book of Records (MBOR).

“SkyAwani 3 Skybridge terletak di aras 52 dan menghubungkan ketiga-tiga menara serta menawarkan pemandangan Kuala Lumpur tanpa halangan.

“Penghuni di situ boleh menikmati 22 kemudahan rekreasi seperti kolam renang dengan jakuzi jet gelembung, bilik permainan, trek joging, gelanggang bola keranjang dan gimnasium,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sumber