Pertumbuhan APEC 2023 dijangka pada 3.3 peratus

Pertumbuhan ekonomi di rantau APEC yang merangkumi 21 angota menunjukkan tanda-tanda bertambah baik, dengan unjuran pertumbuhan 3.3 peratus pada tahun ini berbanding 2.6 peratus pada 2022. - Gambar hiasan

Pertumbuhan ekonomi di rantau APEC yang merangkumi 21 angota menunjukkan tanda-tanda bertambah baik, dengan unjuran pertumbuhan 3.3 peratus pada tahun ini berbanding 2.6 peratus pada 2022. – Gambar hiasan

PERTUBUHAN ekonomi di rantau Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang merangkumi 21 angota menunjukkan tanda-tanda bertambah baik, dengan unjuran pertumbuhan 3.3 peratus pada tahun ini berbanding 2.6 peratus pada 2022.

Menurut laporan APEC Regional Trend Analysis (Analisis Trend Serantau APEC) yang terkini, pemulihan pelancongan dan penggunaan domestik sedang memacu kegiatan ekonomi.

Walau bagaimanapun, kesan buruk akibat pandemik, inflasi, hutang yang lebih tinggi, perubahan iklim, perlindungan perdagangan, ketegangan geopolitik dan pemisahan ekonomi terus menyuramkan unjuran, jelas laporan itu yang dikeluarkan oleh Unit Sokongan Dasar APEC hari ini menjelang Minggu Pemimpin Ekonomi APEC.

Pengarah Unit Sokongan Dasar, Carlos Kuriyama berkata, terdapat tanda-tanda positif dalam APEC namun hal itu sedang menangani tempoh sukar dalam keadaan risiko negatif.

Sumber