Tepung Man-G masuk pasar raya Giant

Tepung gandum Man-G boleh didapati di 43 pasar raya Giant seluruh negara.

Tepung gandum Man-G boleh didapati di 43 pasar raya Giant seluruh negara.

KUALA LUMPUR – Kenaikan harga tepung gandum sudah tentu memberi kesan kepada pengguna terutamanya bagi masyarakat yang tinggal di luar bandar dan berpendapatan rendah.

Menyedari hakikat itu, Kumpulan Legasi Z Sufi memastikan tepung gandum yang dikeluarkan bukan sahaja berkualiti dan memenuhi permintaan pelanggan malah dijual pada harga yang kompetitif.

Syarikat yang telah terlibat secara aktif dalam perdagangan komoditi dan bahan mentah utama bagi kegunaan industri antaranya produk makanan dan minuman itu kini memasarkan tepung gandum jenama Man-G.

Ia seiring dengan misi Legasi Z Sufi untuk membekalkan bahan mentah pada harga yang lebih murah dan harga pasaran bagi membantu masyarakat.

Sumber