Bank Islam menjangkakan KDNK Malaysia bagi S3 berkembang 3.2 peratus

Bank Islam menjangkakan KDNK Malaysia bagi S3 berkembang 3.2 peratus

BANK Islam Malaysia Bhd menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 3.2 peratus pada suku ketiga 2023 (S3 TK2023) di tengah-tengah permintaan dalam negeri yang berdaya tahan walaupun berdepan cabaran luar.

Bank itu berkata, penggunaan swasta bertindak sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi berikutan peningkatan kecil 0.6 peratus dalam produktiviti buruh dari tahun ke tahun (y-o-y) pada suku tersebut.

“Ini sejajar dengan kadar penyertaan tenaga buruh, yang kekal tinggi pada 70.1 peratus pada S3 (S2: 70 peratus). Jualan perdagangan pengedaran meningkat lebih kukuh daripada 5.7 peratus pada S2 kepada 6.8 peratus pada S3.

“Walau bagaimanapun, kami berpendapat perbelanjaan pengguna adalah terhad memandangkan gaji sederhana dalam kedua-dua sektor pembuatan (tiga peratus pada S3 berbanding 3.6 peratus pada S2) dan sektor perkhidmatan (3.6 peratus pada S3 berbanding 3.9 peratus pada S2),” katanya dalam nota penyelidikan pada Jumaat.

Sumber