• AKTIVITI
    • Acara
    • Ekspo
    • Festival
  • PERKONGSIAN KISAH PERCUTIAN
    • Dalam Negara
    • Luar Negara
  • DIREKTORI
    • Kompleks Membeli-belah
    • Hotel/Resort
    • Pantai
  • Hobi / Sukan
    • Aktivit Lasak
    • Hunt
    • Memancing
  • ALAM SEMULAJADI

Inspirasi Destinasi Menarik Percutian Impian

Destinasi Asia - The heart and soul of Asia

  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • Sitemap
  • BLOG
  • ADVERTORIAL
  • DIREKTORI
    • Hotel/Resort
    • Kompleks Membeli-belah
    • Foodie
    • Promosi
    • Buffet Ramadhan

Cara jaga kecantikan menurut perspektif Islam

December 4, 2019 by

CANTIK terlalu subjektif untuk diperdebatkan kerana setiap orang punya pandangan yang berbeza mengenainya.

Ada yang kata cantik itu berdasarkan wajahnya tiada cacat cela.

Tidak kurang juga melihat aspek cantik dalam diri seseorang termasuk akhlaknya.

Apakah pandangan Islam mengenai perkara itu dan bagaimana cara menjaga kecantikan berkenaan?

Tip Sinar Islam kali ini mengetengahkan cara menjaga kecantikan menurut Islam.

(ARTIKEL BERKAITAN: Definisi cantik, tampan dari perspektif Islam)

WhatsApp Image 2019-12-03 at 12.10.22 PM (1)

WhatsApp Image 2019-12-03 at 12.10.22 PM (1)

WhatsApp Image 2019-12-03 at 12.10.25 PM (1)

WhatsApp Image 2019-12-03 at 12.10.25 PM (1)

Sumber

Filed Under: GAYA HIDUP Tagged With: cara, Islam, jaga, kecantikan, menurut, perspektif

Ramalan zodiak menyanggah prinsip Islam

November 28, 2019 by

RAMALAN zodiak tentang nasib baik atau malang seseorang pada masa-masa tertentu mengikut zodiak adalah haram di sisi agama.

Ia umpama kita menilik nasib yang jelas menyanggah prinsip Islam.

Sesungguhnya tiada sesiapa pun yang tahu akan nasib dirinya sendiri kecuali ALLAH SWT yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Ketahuilah, membaca dan ‘mengimani’ ramalan zodiak itu boleh menjerumuskan diri ke kancah syirik.

Apa pula hukumnya jika kita hanya membacanya, tetapi tidak mempercayai tilikan ramalan berkenaan?

Bagaimana pula hukum kajian sifat-sifat manusia yang selalu dilontarkan oleh pakar motivasi atau psikologi?

Segala tanda tanya itu akan dirungkaikan dalam sisipan Sinar Islam esok.

Sumber

Filed Under: GAYA HIDUP Tagged With: Islam, menyanggah, prinsip, Ramalan, zodiak

Ikuti panduan Islam ketika beri nama anak

November 15, 2019 by

KETIKA bayi masih dalam kandungan lagi, ibu bapa masing-masing sudah berkira-kira untuk meletakkan nama yang indah kepada anak mereka tidak kiralah sama ada lelaki atau perempuan.

Ya, siapa yang tidak teruja untuk menimang cahaya mata sendiri dan memberikan nama yang cantik untuk anak mereka.

Barangkali ada yang selesa memilih nama yang ringkas untuk diberikan kepada anak mereka, namun ada pula yang suka nama yang panjang.

Tidak kurang juga mereka yang memberikan gabungan nama antara ibu dan bapa berkenaan untuk diabadikan kepada nama anak masing-masing hinggakan kadangkala tiada langsung tercatat nama itu dalam mana-mana kamus di dunia.

Namun, ketahuilah Islam sebenarnya ada memberi garis panduan dalam memberi nama anak yang baik.

Apakah nama yang disukai oleh ALLAH SWT dan Rasulullah SAW? Apakah nama yang sesuai diberikan?

Jom kita ikuti pandangan pendakwah bebas dan penulis Ustaz Syed Syahridzan Syed Mohamed tentang pemberian nama anak menerusi segmen Kalam.

(ARTIKEL BERKAITAN: ‘Berikan nama yang baik untuk anak-anak kita’)



Sumber

Filed Under: GAYA HIDUP Tagged With: Anak, beri, Ikuti, Islam, ketika, nama, Panduan

Ikuti panduan Islam ketika beri nama anak

October 22, 2019 by

KETIKA bayi masih dalam kandungan lagi, ibu bapa masing-masing sudah berkira-kira untuk meletakkan nama yang indah kepada anak mereka tidak kiralah sama ada lelaki atau perempuan.

Ya, siapa yang tidak teruja untuk menimang cahaya mata sendiri dan memberikan nama yang cantik untuk anak mereka.

Barangkali ada yang selesa memilih nama yang ringkas untuk diberikan kepada anak mereka, namun ada pula yang suka nama yang panjang.

Tidak kurang juga mereka yang memberikan gabungan nama antara ibu dan bapa berkenaan untuk diabadikan kepada nama anak masing-masing hinggakan kadangkala tiada langsung tercatat nama itu dalam mana-mana kamus di dunia.

Namun, ketahuilah Islam sebenarnya ada memberi garis panduan dalam memberi nama anak yang baik.

Apakah nama yang disukai oleh ALLAH SWT dan Rasulullah SAW? Apakah nama yang sesuai diberikan?

Jom kita ikuti pandangan pendakwah bebas dan penulis Ustaz Syed Syahridzan Syed Mohamed tentang pemberian nama anak menerusi segmen Kalam.

(ARTIKEL BERKAITAN: ‘Berikan nama yang baik untuk anak-anak kita’)



Sumber

Filed Under: TRAVELOG Tagged With: Anak, beri, Ikuti, Islam, ketika, nama, Panduan

Islam tidak sekat hiburan, asalkan tidak melalaikan jiwa

September 27, 2019 by

ISLAM ialah agama yang sesuai dengan fitrah. Fitrah manusia perlukan hiburan dalam kehidupan. Hiburan ialah sesuatu yang boleh menggembirakan hati, merehatkan minda, menyenangkan jiwa dan menyedapkan pendengaran. Pendek kata, apa-apa perkara dan tindakan yang boleh menimbulkan perasaan suka, gembira, seronok dan tenang, ia merupakan suatu hiburan.

Islam tidak menyekat umatnya mencari hiburan selagi mana tidak keluar daripada batas syarak dan tidak lalai daripada melaksanakan perintah agama. Kesederhanaan sangat penting dalam usaha mencari hiburan.

ALLAH SWT menjadikan kehidupan dunia penuh dengan keseronokan, permainan dan kelalaian. Semua itu adalah untuk menguji siapakah dalam kalangan hamba-NYA yang paling baik amalan dan paling bersyukur kepada-NYA.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, ada menceritakan tentang kisah Ummu Mukminin, Aisyah binti Abu Bakar berhibur dengan mendengar lagu yang dinyanyikan oleh biduanita daripada wanita Ansar. Rasulullah SAW membiarkan Aisyah RA mendengar lagu tersebut hinggalah Aisyah RA sendiri merasa cukup dan berlalu dari situ.

Rasulullah SAW juga berhibur melalui sukan lumba lari bersama isterinya. Namun begitu Rasulullah SAW mengakui solat merupakan kerehatan dan hiburan sebenar baginda. Ini menunjukkan baginda meraikan hiburan yang berbentuk sederhana walaupun solat merupakan keutamaan dan hiburan paling menyeronokkan baginda.

Saidina Ali bin Abi Talib RA juga pernah menyarankan agar hiburkan hati dan mencari hikmah-hikmah yang menarik kerana hati mudah berasa bosan seperti badan yang keletihan. Oleh sebab itu, kita hendaklah memilih jenis-jenis hiburan yang sesuai dan tidak melalaikan jiwa daripada mengingati ALLAH SWT.

Hiburan sesuai

Pilihlah hiburan yang boleh meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh badan seperti bersukan, bergurau senda yang sederhana, mendengar lagu-lagu yang menaikkan semangat cintakan agama, bangsa dan negara, melihat filem dan drama yang memberi pengajaran dan tauladan atau menyanyi lagu-lagu yang meningkatkan iman kepada ALLAH SWT.

HIBURAN juga boleh diperoleh melalui aktiviti-aktiviti rekreasi dan lasak seperti mendaki gunung.

HIBURAN juga boleh diperoleh melalui aktiviti-aktiviti rekreasi dan lasak seperti mendaki gunung.


Hiburan juga boleh diperoleh melalui aktiviti-aktiviti rekreasi dan lasak seperti berbasikal, berkuda, memanah, bermotosikal, mendaki gunung dan lain-lain.

Melancong dan bercuti menikmati permandangan yang indah dan menarik juga antara bentuk hiburan yang memberi ketenangan kepada jiwa.

Aktiviti hiburan seumpama itu diterima dalam Islam sebagai amalan yang harus dan digalakkan. Bagaimanapun, aspek kesederhanaan sangat ditekankan dalam Islam bagi menjamin kesejahteraan hidup.

Dalam kehidupan seharian, kita terdedah dengan berbagai-bagai jenis hiburan yang melalaikan. Sekiranya tidak dikawal dengan baik, kita akan hanyut dan leka sehingga mengabaikan tugas dan tanggungjawab.

Gelombang Revolusi Industri 4.0 menyajikan hiburan yang sangat banyak dan melekakan. Aktiviti hiburan hari ini bukan lagi bersifat fizikal seperti dulu. Banyak hiburan boleh dicapai hanya melalui hujung jari sahaja. Ini juga cabaran yang mendepani generasi muda pada hari ini.

Penggunaan gajet seperti telefon pintar, laptop dan komputer sebagai alat yang menyalurkan hiburan berterusan sepanjang waktu. Tanpa disedari, kita telah menghabiskan begitu banyak masa dan waktu melayani kawan-kawan melalui media sosial seperti Facebook, WeChat, Telegram, Instagram, WhatApps dan lain-lain. Termasuk juga melayari YouTube, permainan dan berbagai-bagai hiburan lain.

Kajian menunjukkan masa seorang wanita menggunakan telefon pintar lebih kurang 6 jam 57 minit dalam masa sehari semalam. Situasi itu tidak sihat kepada minda dan hubungan sosial bersama keluarga dan anak-anak.

Kajian juga menunjukkan tempoh yang selamat bagi penggunaan telefon pintar adalah bawah 4 jam sehari semalam. Begitu juga pendedahan gajet seperti telefon pintar yang terlalu awal kepada anak-anak adalah tidak sihat dan berbahaya kepada minda dan emosi mereka. Kesannya akan berpanjangan sehingga mereka dewasa dan menjadi antara faktor hilang fokus dalam kehidupan dan pekerjaan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 dan 13 Mei 1981 telah meletakkan beberapa garis panduan bagi mereka yang suka kepada hiburan dalam bentuk nyanyian seperti yang berikut:

1. Nyanyian yang seni katanya baik, tidak lucah, tidak biadab dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus;

2. Jika nyanyian seni katanya tidak baik, lucah, biadab, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;

3. Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram;

4. Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan

5. Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.

Kesimpulannya, hiburan adalah perkara yang dibenarkan dalam Islam selagi mana ia tidak melanggar batas syarak, dilakukan secara sederhana dan tidak melalaikan daripada tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.



Sumber

Filed Under: TRAVELOG Tagged With: asalkan, hiburan, Islam, jiwa, melalaikan, sekat, tidak

Berkongsi mesin dobi dengan orang bukan Islam

September 6, 2019 by

PADA hari ini, perkhidmatan dobi konvensional dan dobi layan diri banyak ditawarkan di pasaran.

Rata-rata masyarakat lebih suka mendobi pakaian di rumah, namun jika terpaksa membasuh dalam kuantiti yang banyak atau mendobi fabrik yang tebal seperti cadar, sudah tentu perkhidmatan dobi itu diperlukan.

Namun, kadangkala terselit rasa was-was dalam diri apabila kita mendobi pakaian di kedai dobi layan diri kerana sesiapa sahaja boleh menggunakannya termasuk orang bukan Islam.

Ya, adakalanya kita khuatir mereka bersentuh dengan anjing atau selainnya yang menimbulkan rasa was-was dalam diri.

Persoalannya, apakah hukum kita mendobi pakaian di kedai dobi latan diri yang berkongsi mesin dobi yang sama dengan orang bukan Islam?

Sebenarnya, asal hukum bagi sesuatu adalah bersih dan suci selagi tidak ada najis berupa bau, rasa dan warna.

Begitu juga dengan hukum asal mesin basuh, bersih sebelum ada bukti menandakan kotoran seperti bau, rasa dan warna.

Kekhuatiran atau was-was tidak boleh mengubah hukum, melainkan ia datang dalam keadaan pasti, yakin atau menghampiri pasti pada sesuatu permasalahan.


Islam menitikberatkan supaya kita berhati-hati dalam sesuatu perkara, tetapi tidaklah sampai memberatkannnya. Pernah berlaku peristiwa yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi berstatus hasan yang mana pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada sebuah telaga bernama Budha’ah.

Dalam telaga itu, kain dicampakkan untuk mencuci darah haid, bangkai dan daging anjing.

Lalu Nabi Muhammad SAW menjawab: “Airnya suci selagi mana tidak dinajisi sesuatu.”

Lafaz tidak dinajisi sesuatu itu merujuk kepada keyakinan asal air adalah suci selagi tidak berubah salah satu sifat disebutkan di atas tadi.

Justeru, tidaklah menjadi haram menggunakan mesin basuh itu, apatah lagi airnya mengalir dan bahan pencuci yang digunakan juga membantu untuk membersihkan pakaian.

***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan Fellow Pertubuhan Multaqa Asatizah & Duat (Murshid), pendakwah dan penulis.



Sumber

Filed Under: TRAVELOG Tagged With: Berkongsi, bukan, dengan, dobi, Islam, mesin, orang

Titik transformasi kehidupan Muslim, sejarah Islam

August 30, 2019 by

HARI berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Setiap daripada kita telah menempuh pelbagai cerita dan peristiwa yang sudahpun terakam menjadi sejarah.

Sesungguhnya ALLAH SWT tidak menjadikan suatu peristiwa itu sebagai sia-sia. Bahkan setiap babak yang direntas tersingkap bermacam ibrah dan hikmah yang boleh diambil pengajaran untuk dijadikan barometer terhadap kehidupan yang mendatang.

Sebenarnya terlalu banyak sejarah dan peristiwa yang telah dicatatkan oleh penghulu kita, Nabi Muhammad SAW sejak baginda dilahirkan hingga selesai menunaikan amanahnya sebagai utusan ALLAH SWT.

Hasilnya, terbentuknya komuniti yang beriman kepada ALLAH, bebas daripada kemusyrikan, kekufuran dan kemunafikan, selain komuniti yang selalu memberi dan memelihara keamanan, kesejahteraan dan ketenteraman, sama ada sesama Muslim mahupun terhadap bukan Islam yang hidup di sekelilingnya.

Antara catatan terbesar dalam sejarah Islam ialah peristiwa hijrah Rasulullah SAW bersama para sahabatnya dari Kota Makkah ke Kota Madinah.

Peristiwa tersebut telah menzahirkan tokoh-tokoh yang kental jiwanya dalam mempertahankan prinsip yang diyakini, tegar mempertahankan akidah dan gigih dalam memperjuangkan kebenaran.

Hijrah dalam suatu konsep menunjukkan kewajipan menggerakkan negara berdaulat yang dipimpin oleh Islam dan penganutnya yang memahami, beriman dan menghayati ajarannya.

Matlamat utamanya adalah meneruskan risalah para rasul pada akhir zaman dan membawa rahmat bagi seluruh manusia yang majmuk ketika mereka berada dalam kegelapan jahiliyah yang memuncaknya kezaliman dan kejahatan di seluruh dunia.

Erti hijrah


Pengertian hijrah dapat dibahagikan kepada beberapa sisi. Secara umumnya, semua pengertian perkataan hijrah itu membawa kesimpulan menghindari, menjauhi diri daripada sesuatu sama ada dengan raga, lisan dan hati.

Pengertian-pengertian itu dibuat berdasarkan konseptual hijrah yang banyak terkandung dalam al-Quran. Secara mudah, hakikat hijrah itu dapat dilihat dalam dua bahagian.

Pertama, menyucikan diri dalam erti kata menjauhi kemaksiatan dan penyembahan berhala.

Ia sebagaimana firman ALLAH SWT: “Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.” (Surah al-Muddaththir, ayat 5)

Dalam ayat lain, ALLAH berfirman: “Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu daripada mereka dengan cara yang baik.” (Surah al-Muzzammil, ayat 10)

Kedua-dua ayat tersebut diturunkan pada awal usaha dakwah Nabi Muhammad SAW iaitu pada ketika ALLAH SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW menjauhkan diri dari perbuatan keji dan munkar serta menjauhi perbuatan syirik dan dosa seperti yang telah dilakukan oleh orang-orang musyrik di Kota Makkah pada waktu itu.

BERDOALAH kepada ALLAH SWT agar ditetapkan hati apabila melakukan hijrah. -Gambar hiasan

BERDOALAH kepada ALLAH SWT agar ditetapkan hati apabila melakukan hijrah. -Gambar hiasan

Matlamatnya, dengan hijrah itu, hati, perkataan dan perbuatan menjadi bersih daripada segala maksiat, dosa dan kesyirikan.

Hijrah pada hakikatnya merupakan suatu yang sangat berat. Ia memerlukan kesabaran dan juga ketahanan ideologi serta keyakinan.

Ia supaya manusia tidak mudah kalah dengan rayuan dan godaan kenikmatan dunia yang fana dan kekal utuh ketika menerima ujian yang akan sentiasa menjadi penghalangnya.

Hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya atas petunjuk Tuhan. Ada perkara-perkara yang sangat menarik yang berlaku dalam peristiwa hijrah berkenaan.

Dengan berlakunya hijrah, Madinah didiami oleh pelbagai suku bangsa yang menganut agama dan kepercayaan yang berbeza. Para sejarawan berbeza pendapat dalam merumuskan golongan penduduk yang terdapat di Madinah pasca hijrah.

Peranan anak muda

Jika ditelusuri dari aspek sejarah, hijrah memiliki beberapa hikmah yang sangat besar. Antaranya peristiwa hijrah mengajar kita bahawa segala sesuatu itu memerlukan persiapan dan perencanaan yang matang.

Tidak memadai dengan sekadar berdoa semata-mata. Doa yang dipanjatkan setiap malam jika tidak disertai dengan persiapan, perancangan dan pelaksanaan hanya akan menemui kegagalan.

Dalam peristiwa hijrah, kita dapat melihat bahawa Nabi Muhammad SAW telah melakukan persiapan dan perancangan yang cermat, tepat, teliti, matang dengan pembahagian-pembahagian tugas yang sesuai.

Kedua, para pendukung hijrah Nabi Muhammad SAW itu kebanyakannya terdiri daripada para pemuda. Saidina Ali bin Abi Talib yang menggantikan nabi untuk tidur di tempat tidur baginda. Kemudian Amir bin Tahirah, Abdullah bin Abu Bakar dan seorang yang bertugas untuk membuka jalan bernama Mas’ad bin Umair.

Di sini, terlihat betapa peranan pemuda dalam peristiwa hijrah itu begitu besar. Gerakan Islam berjaya meyakinkan bahawa para pemuda banyak berperanan dalam perjuangan. Seterusnya, hikmah yang dapat diambil daripada peristiwa hijrah adalah bahawa pentingnya disiplin.

Peristiwa hijrah juga memperlihatkan kepada kita bahawa terbentuknya Dar al-Islam (Negara Islam) di Madinah dan kaum Muslimin mempunyai negara tersendiri.

Oleh sebab itu, momentum hijrah pada intipatinya ialah titik perubahan dan transformasi yang sangat penting dalam kehidupan Muslim dan sejarah Islam.

Transformasi daripada kenyataan nafsi-nafsi tanpa ukhuwah kepada kewujudan integriti ummatan wahidah (umat yang bersatu) dalam akidah, ibadah dan akhlak.

Peringatan hijrah itu juga bertindak sebagai titik mula bagi membentuk perubahan sama ada pada diri, keluarga, komuniti, masyarakat umum serta negara keseluruhannya.

***Mohammad Zaki Yahpar Yahya merupakan Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.



Sumber

Filed Under: TRAVELOG Tagged With: Islam, kehidupan, muslim, sejarah, titik, Transformasi

Kewangan Islam di Malaysia cergas, kata Gabenor BNM

August 29, 2019 by

INDUSTRI perbankan Islam Malaysia tidak lesu, sebaliknya semakin cergas dan matang, serta diunjur terus meningkat.

Ini terbukti berdasarkan statistik yang menunjukkan kewangan Islam kini menyumbang 34.1 peratus daripada jumlah pembiayaan (2008: 14.9 peratus) manakala aset kewangan Islam sebanyak 31.4 peratus berbanding hanya 14 peratus pada 2008.

Pembangunan kewangan Islam pada masa depan akan dipacu industri.

“Perbankan Islam tidak merosot, sebaliknya semakin berkembang. Industri ini mendorong pertumbuhannya sendiri, menembusi pasaran baharu dan meningkatkan penguasaan pasaran,” kata Gabenor Bank Negara (BNM) Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus dalam temu bual eksklusif dengan Bernama baru-baru ini.

Mengulas komen sejak kebelakangan ini mengenai kurangnya pembangunan dan momentum padu dalam memacu kewangan Islam, beliau menegaskan bahawa industri itu bukan sahaja terus mencatatkan pertumbuhan yang sihat, malah menggabungkan kewangan sosial dalam penawarannya.

Ini adalah untuk memanfaatkan perbankan Islam yang kukuh untuk akses, tadbir urus dan ketelusan yang lebih baik.

“Jadi, ada banyak merit untuk menggabungkan kedua-duanya. Dalam Islam, kita ada sedekah dan zakat. Perbankan Islam dapat menjadi pengantara kepada sumbangan ini bagi mempromosi pembangunan sosioekonomi di negara ini,” katanya.

Dengan memanfaatkan perbankan Islam dan pembiayaan sosioekonomi, beberapa penawaran produk produk seperti sedekah, wakaf dan zakat boleh digunakan untuk menaik taraf kehidupan golongan terpinggir atau ketinggalan, katanya.


Pada masa akan datang, inisiatif pembangunan kewangan Islam akan memberi tumpuan kepada pertumbuhan kualiti dan nilai tambah untuk meningkatkan kehidupan rakyat.

RAM Rating services dalam edisi terbarunya ‘Islamic Banking Insight’ yang dikeluarkan baru-baru ini, menyebut sektor perbankan Islam dijangkakan berkembang antara 10 dan 11 peratus tahun ini, hampir sama dengan kadar pertumbuhan yang dicapai pada 2018.

Agensi penarafan tempatan itu berkata perbankan Islam terus berkembang pada kadar yang lebih cepat daripada pinjaman konvensional pada tahun lepas iaitu sebanyak 11 peratus berbanding pertumbuhan 3.3 peratus bagi pinjaman konvensional. Ia tumbuh 10.3 peratus pada 2017.

Bagi 2019, RAM mengekalkan prospek stabil bagi sektor perbankan Islam Malaysia selaras dengan unjuran positifnya terhadap sistem perbankan domestik secara menyeluruh.- Bernama



Sumber

Filed Under: AKTIVITI Tagged With: BNM, cergas, di, Gabenor, Islam, kata, kewangan, Malaysia

MOF umum penubuhan jawatankuasa khas kewangan Islam

August 27, 2019 by

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) hari ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Kewangan Islam (JKKI) untuk terus mempromosikan dan menggalakkan pembangunan kewangan Islam.

Jawatankuasa yang berkuat kuasa serta-merta itu dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Wira Amiruddin Hamzah serta dianggotai oleh sembilan orang pengawal selia serta pakar kewangan Islam, kata MOF dalam kenyataan hari ini.

Matlamat penubuhan JKKI itu juga bagi mengukuhkan hala tuju mempromosikan Malaysia sebagai peneraju global dalam kewangan Islam terutamanya dalam pasaran sukuk.

“Ini bagi memperkukuh usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan kewangan Islam serta sebagai penyedia perkhidmatan sokongan kewangan Islam utama di peringkat global,” demikian menurut kementerian itu.

Selain itu, kata MOF, jawatankuasa itu akan turut menyelaras peranan dan tanggungjawab pihak berkepentingan ke arah meningkatkan industri kewangan Islam di Malaysia, memperkukuh peranan sektor awam sebagai pemacu industri tersebut serta menggalakkan usaha meningkatkan kesedaran awam terhadap bidang berkenaan.

JKKI dianggotai oleh Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia merangkap Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Datuk Dr Mohd Daud Bakar; Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) yang juga Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Datuk Adissadikin Ali; Pengerusi Institut Kewangan dan Perbankan Malaysia (IBFIM) yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Bhd Datuk Mohd Rafique Merican Mohd Wahiduddin Merican dan Ahli Jawatankuasa Syariah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Dr Zaharuddin Abd. Rahman.

Anggota lain adalah Pengerusi Majlis Amanah Rakyat Dr Hasnita Hashim; Timbalan Pengarah, Pembangunan Pasaran Modal Islam Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Dr Md Nurdin Ngadimon; Pengarah Jabatan Perbankan Islam dan Takaful, Bank Negara Malaysia Madelena Mohamed; Ketua Pengarah Kemajuan Islam Malaysia Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dan Presiden Persatuan Takaful Malaysia merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sun Life Malaysia Takaful Berhad Muhammad Fikri Mohamad Rawi.

Menurut MOF, Bahagian Pelaburan Strategik kementerian tersebut berperanan sebagai Sekretariat JKKI. – Bernama





Sumber

Filed Under: AKTIVITI Tagged With: Islam, jawatankuasa, kewangan, khas, MOF, Penubuhan, umum

‘Islam bukan untuk disimpan’

August 16, 2019 by

BARANGKALI Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin sudah tidak mengingati saya. Masakan tidak, ketika menjadi pengetua di sebuah kolej kediaman di sebuah universiti, Dr Taufiq mempunyai ribuan pelajar.

Ya, sehingga kini, mana mungkin saya lupuskan ingatan terhadap pertolongan beliau ke atas saya berbelas tahun lalu. Dr Taufiq merupakan individu yang membantu merealisasikan cita-cita saya sejak kecil menjadi wartawan. Bukan saya seorang, malah beberapa rakan sekolej yang lain.

Ketika itu, meskipun keputusan saya cemerlang dalam jurusan teknologi komputer, namun hati saya tidak di situ. Dipendekkan cerita, saya menemui Dr Taufiq dan hasil bantuannya serta doa rakan-rakan, saya dibenarkan mengikuti pengajian komunikasi massa. Kini, saya sudah lebih sedekad menemui cinta sejati saya dalam bidang kewartawanan. Saya bersyukur dengan takdir yang ALLAH SWT aturkan.

Masa silih berganti, saya melihat progres Dr Taufiq yang penuh warna-warni. Apa yang kami banggakan, beliau kini ialah seorang pendakwah terkemuka yang dihormati di negara ini. Nampaknya, beliau tidak pernah jemu memperjuangkan Islam sejak dulu lagi.

Bukan beliau sahaja malah Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung (Bro Firdaus) terus berdakwah demi agama suci ini.

Sesungguhnya, berdakwah bukan satu kerja mudah. Cemuhan itu merupakan satu hal yang sulit untuk ditepis.

“Itu lumrah seperti peribahasa alah bisa, tegal biasa. Jika Nabi Muhammad SAW sebaik-baik manusia pun pernah berhadapan dengan cemuhan ketika menyebarkan syiar Islam, apatah lagi kami. Cabaran kami tidak sebesar mana seperti yang dilalui baginda,” demikian kata-kata padu yang terpacul daripada dua figura yang dihormati ramai itu.

Dakwah media sosial

SELAIN street dakwah, Bro Firdaus turut memenuhi undangan di masjid atau surau.

SELAIN street dakwah, Bro Firdaus turut memenuhi undangan di masjid atau surau.

Berbicara mengenai Bro Firdaus, beliau memberitahu Sinar Islam, dirinya mula serius dalam berdakwah sekitar tahun 2011 iaitu selepas enam tahun memeluk agama suci berkenaan.

Hatinya bagaikan ‘ditarik-tarik’ untuk berbuat demikian selepas menghadiri satu majlis perjumpaan mualaf (revert gathering) hasil jemputan seorang sahabat. Di situlah, beliau berjumpa seorang pendakwah yang pernah bergelar mualaf, Ustaz Hussain Yee yang menasihatkannya untuk berdakwah.

“Secara jujur, enam tahun pertama selepas memeluk Islam pada tahun 2005, saya bazirkan begitu sahaja. Saya memang amalkan Islam dalam kehidupan saya seperti solat, puasa, bayar zakat dan lain-lain.

“Saya pernah jalankan perniagaan sendiri, kerja di bahagian pengiklanan online dan pernah menjawat jawatan pengurus akaun kanan di sebuah syarikat senaraian awam. Namun, saya tak pernah pedulikan tentang urusan dakwah sehinggalah ketika sesi perjumpaan berkenaan,” katanya kepada ketika ditemui di pejabat MRM baru-baru ini.

Berdasarkan catatannya, Bro Firdaus buat pertama kalinya turun berdakwah menerusi konsep street dakwah di Bukit Bintang dan Petaling Street, Kuala Lumpur.

Beliau juga pernah muncul di kaca televisyen mengendalikan sebuah rancangan Tetamu Masjid China selama 13 episod di TV Alhijrah sekitar tahun 2013. Peluang itu datang selepas beliau berhenti kerja sepenuhnya pada tahun yang sama.

Sehingga sekarang, pendakwah itu masih menjalankan kerja-kerja street dakwah. Pada masa sama, selepas MRM ditubuhkan lima tahun lalu, tanggungjawabnya semakin besar dalam dunia dakwah.

“Kini, fokus dakwah saya ialah melalui media sosial kerana ia antara medium yang sangat berkesan untuk memberikan kesedaran pada skala yang besar. Namun, ia masih lagi memerlukan sentuhan peribadi seperti mengadakan pertemuan secara empat mata untuk kes-kes tertentu dalam kerja-kerja dakwah,” katanya.

Nyaris berhenti dakwah

ANTARA aktiviti dakwah yang dilakukan Bro Firdaus di Afrika Selatan baru-baru ini.

ANTARA aktiviti dakwah yang dilakukan Bro Firdaus di Afrika Selatan baru-baru ini.

Bro Firdaus, 36, meneruskan naratif ceritanya. Kali ini, beliau menyentuh tentang pengalaman pahitnya sepanjang bergelar pendakwah.

Pernah terlintas di hatinya untuk berhenti berdakwah. Ya, agamawan itu juga sepertimana manusia lain yang adakalanya tewas melawan perasaan sendiri.

“Namun, saya tersedar. Apabila difikirkan semula, saya tidak patut berfikiran sebegitu. Nauzubillah, ia benar-benar pahit untuk saya kenang semula rasa itu,” ujar beliau penuh kesal.

Sebagai pendakwah, akui Bro Firdaus, dicaci oleh manusia merupakan satu elemen yang perlu ‘ditelan’.

“Tidak mungkin dalam dunia dakwah iaitu apabila kita lakukan amar makruf nahi mungkar, orang yang melakukan kemungkaran atau syirik kepada ALLAH SWT, tidak akan melenting apabila ditegur. Sedangkan Rasulullah SAW sebaik-baik manusia juga menghadapi cemuhan hebat ketika memperjuangkan dakwah Islamiah,” ujar beliau.

Apapun, ujar beliau, apa yang penting ialah mendapatkan keredaan ALLAH SWT dalam kerja dakwah, bukan menarik kepercayaan orang lain.

“Kalau ALLAH reda, lebih senang orang hendak percaya pada kita. ALLAH akan gerakkan hati hamba-hamba-Nya kepada (dakwah) kita,” ujarnya.

Mengulas kriteria yang diperlukan untuk bergelar pendakwah, Bro Firdaus menegaskan, sesiapa sahaja yang bersyahadah, ‘Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu ialah pesuruh ALLAH’, ia sebenarnya melayakkannya untuk menjadi pendakwah.

Ujar beliau, bukan semua pendakwah yang layak jadi ulama, tetapi ulama pasti seorang pendakwah. Namun, pendakwah belum tentu seorang ulama.

“Syahadah ada dua ayat. Dengan kita bersaksikan ALLAH, maksudnya kita yakin dengan-Nya. Namun, kalau orang tanya kita soalan dan kita tidak tahu jawapan, tiada masalah. Belajarlah dan sampaikan (ilmu).

“Jika tidak tahu lagi, belajar lagi dan sampaikanlah. Proses itu akan berterusan sampai kita mati. Namun, jika ia memerlukan disiplin mendalam seperti usul fiqh, ‘ulum al-Quran dan sebagainya yang bukan kepakaran kita, berilah kepada yang pakar,” akhiri bicaranya.

Dakwah berterusan Dr Taufiq

DR TAUFIQ memulakan kerja-kerja dakwahnya selepas masuk Islam pada tahun 1983 tanpa pernah ada rasa jemu.

DR TAUFIQ memulakan kerja-kerja dakwahnya selepas masuk Islam pada tahun 1983 tanpa pernah ada rasa jemu.

Plot pengkisahan Bro Firdaus sedikit berbeza dengan Dr Taufiq meskipun kedua-dua figura hebat berkenaan pernah bergelar saudara baharu.

Selepas memeluk Islam pada bulan November 1983 iaitu pada usianya 15 tahun, Dr Taufiq berazam untuk jadi seseorang yang berguna kepada agamanya.

Ujar beliau, bukan mudah untuk mendedahkan bahawa dirinya seorang Muslim. Ia ibarat kita lakukan sesuatu yang ganjil dalam keluarga dan berhadapan dengan masyarakat yang segelintirnya mungkin akan menyisihkan beliau.

“Dijeruk pelbagai rasa itu membuatkan saya lebih termotivasi untuk menjadi seorang yang berguna, ada nilai dan harga supaya masyarakat tidak sisihkan saya.

“Sebab itu perjuangan saya terus belajar setinggi mungkin dan teruskan pengajian sehingga peringkat doktor falsafah sehinggalah dilantik menjadi pensyarah di universiti. Alhamdulillah,” kata mantan Ketua Pusat Penyelidikan Sains Katalisis dan Teknologi merangkap Profesor Jabatan Kimia Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia ketika ditemui pada Program Mahrajan Amal Islami Mualaf Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2019 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kekuatan yang terbina dalam dirinya, Dr Taufiq yang kini merupakan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah memulakan kerja dakwahnya sejurus memasuki agama suci Islam.

“Sebelum itu, saya mencari Islam sendiri sampai jumpa, buat penilaian, analisis dan hinggalah kita sah serta yakin dengan agama yang hendak saya anuti.

“Maknanya, agama yang kita hendak masuk itu, kita kena yakin dan rasa selesa dengannya selepas tahu Islam ialah agama yang benar. Sebab itulah bila saya dapat tahu sesuatu yang benar, secara automatik kita akan rasa seronok dan hendak kongsikan kebenaran itu kepada orang lain,” katanya.

Menurut Dr Taufiq, beliau memulakan dakwahnya secara fardi (individu) bermula dengan ahli keluarganya sendiri. Akhirnya, atas hidayah yang dikurniakan ALLAH SWT, ibu dan adik perempuannya turut menerima sinar Islam berkenaan.

Malah, sejak dibangku sekolah lagi, beliau pernah menjadi penolong setiausaha persatuan pelajar Islam di sekolahnya, sebelum menjadi presiden persatuan berkenaan apabila berada dalam Tingkatan 6 Atas.

Terus berjuang

DR TAUFIQ (kiri) berbincang dengan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Ajib Ismail tentang dunia dakwah.

DR TAUFIQ (kiri) berbincang dengan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Ajib Ismail tentang dunia dakwah.

Ketika awal kemunculannya dalam bidang dakwah, Ahli Majlis Kebangsaan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia itu berkata, beliau sebenarnya lebih ke arah pendidikan kerana minat mengajar.

“Saya mulakan dengan pendidikan dengan buat kelas Kimia, kemudian ceramah motivasi kepada pelajar. Tidak lama selepas itu, saya diberikan peluang untuk saya berkongsi pengalaman kenapa saya masuk Islam.

“Apabila semakin banyak jemputan, saya perluaskan lagi skop perbincangan antaranya bagaimana interaksi orang Islam dengan bukan Islam, kehidupan seorang mualaf dan lain-lain dalam konteks yang lebih luas, kita hendak menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum,” katanya yang kemudiannya aktif menerusi Macma.

Mengimbas kembali memori 10 tahun lalu, Dr Taufiq berkata, beliau telah ke udara menerusi radio Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Bermula dengan detik itulah usaha dakwahnya semakin berkembang. Langkah anak kelahiran Sabah itu semakin panjang apabila diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program Kembali Fitrah hingga musim ke-5 di TV Alhijrah.

Kepada satu soalan, Dr Taufiq menjelaskan: “Islam yang kita ada bukan untuk kita simpan untuk diri kita. Islam yang ALLAH beri pada kita adalah supaya dapat mengajak manusia untuk memahami Islam sebenarnya.

“Itulah yang menjadi matlamat utamanya berdakwah. Ramai masyarakat terutama yang bukan Islam ingin mengenali Islam sebenarnya. Apa itu budaya hidup seorang Islam sebenarnya? Sebab terlalu banyak persepsi yang tidak betul tentang Islam.

“Sekiranya kita menganjurkan program cerita tentang budaya Islam atau apa itu halal dan konsepnya, ramai yang akan datang. Kita gunakan budaya Islam sebab konsep itu bukan agama supaya mereka tak rasa kita hendak mengajak mereka kepada Islam. Kita cuma hendak memberi kefahaman kepada mereka,” katanya yang mempelawa sesiapa sahaja yang ingin mengetahui tentang Islam hadir ke Macma.

“Di Macma, kami sedia membantu, kami juga menerbitkan pelbagai risalah dan buku tentang Islam dalam tulisan Cina yang boleh didapati secara percuma. Kita juga berbincang dalam bahasa kita sendiri, jangan takut,” ujarnya.

Dr Taufiq mahupun Bro Firdaus, kedua-duanya tidak akan berpaling daripada terus berjihad dan berdakwah ke jalan ALLAH meskipun pelbagai rintangan akan terus menghantui mereka.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat.” (Riwayat al-Bukhari)



Sumber

Filed Under: TRAVELOG Tagged With: bukan, disimpan, Islam, untuk

  • 1
  • 2
  • 3
  • …
  • 6
  • Next Page »

Carian

Social Media Icons

Visit Us On FacebookVisit Us On TwitterVisit Us On YoutubeVisit Us On InstagramVisit Us On Pinterest

Subscribe

Subscribe

Kategori

Recent Posts

  • Taman tema air pertama di Langkawi dibuka
  • Inovasi bantu pesakit diabetes
  • Daging tetel masam manis Cef Naem
  • Magis motif alam, hidupan safari
  • Harvey Norman buka cawangan baharu di Ipoh

Popular Post

  • Pulau Aman Homestay
  • Roof Garden Hotel Bukit Jelutong
  • Johor Media Trip Malaysia
  • MUZIUM BUDAYA CHENG HO
  • SAHABAT MEDIA CC1M VMY 2014 HULU SELANGOR

RSS RSS Feed

  • Taman tema air pertama di Langkawi dibuka
  • Inovasi bantu pesakit diabetes
  • Daging tetel masam manis Cef Naem
  • Magis motif alam, hidupan safari
  • Harvey Norman buka cawangan baharu di Ipoh

Tags

alQuran Anak baharu bantu berbanding boleh buat bukan cara dalam dan dengan di dibuka dolar guna hari ibu ini Islam jadi Jangan ke kepada ketika kita lancar lebih lelaki makanan Malaysia mudah orang pada perlu QuranHour rendah Ringgit rumah tawar tidak Tip untuk Wanita yang

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2019 · Lifestyle Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in