Yayasan Jariah Aafiyat, Bank Islam bekerjasama menerusi Sadaqa House

Yayasan Jariah Aafiyat, Bank Islam bekerjasama menerusi Sadaqa House

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam Berhad, Datuk Mohd Muazzam Mohamed menyerahkan Geran Perniagaan Mikro Sadaqa House berjumlah RM200,000 kepada Pengerusi Yayasan Jariah Aafiyat, Aidil Azwal Zainudin di Hotel Royale Chulan pada Rabu. - - Foto Sinar Harian/Asril Aswandi Shukor

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam Berhad, Datuk Mohd Muazzam Mohamed menyerahkan Geran Perniagaan Mikro Sadaqa House berjumlah RM200,000 kepada Pengerusi Yayasan Jariah Aafiyat, Aidil Azwal Zainudin di Hotel Royale Chulan pada Rabu. – – Foto Sinar Harian/Asril Aswandi Shukor

KERJASAMA antara Yayasan Jariah Aafiyat dengan Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad menerusi Sadaqa House berupaya membantu lebih ramai usahawan B40 untuk mengembangkan perniagaan, sekali gus sebagai ‘senjata’ meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Pengerusi Pemegang Amanah yayasan itu, Aidil Azwal Zainudin berkata, objektif utama kerjasama tersebut bagi membantu golongan rentan keluar daripada kepompong kemiskinan, seterusnya melayakkan mereka menjadi pembayar zakat bagi melengkapkan sebahagian daripada rukun Islam keempat.

Menurutnya, walaupun yayasan itu baru ditubuhkan pada 2020, namun tahun ini sudah berjaya membantu lebih 15 isi rumah keluar daripada garis kemiskinan.

Tambahan dengan geran yang disumbangkan oleh Bank Islam sebanyak RM200,000, ia dapat membantu lebih ramai usahawan mikro pada tahun 2024.

Sumber