Ringgit ditutup mengukuh paras 4.67 berbanding dolar AS

Ringgit ditutup mengukuh paras 4.67 berbanding dolar AS

Gambar hiasan - Foto 123RF

Gambar hiasan – Foto 123RF

RINGGIT mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan pengumuman data ekonomi terkini negara maju itu yang meningkatkan lagi jangkaan bahawa bank pusat itu sudah selesai menaikkan kadar faedah.

Berikutan itu, kalangan peniaga kini membuat spekulasi mengenai tempoh bagi Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk menurunkan kadar faedah berkenaan.

Bagaimanapun, peningkatan ringgit dikekang oleh penyusutan harga minyak.

Pada jam 6 petang ini, ringgit naik ke paras 4.6785/6825 berbanding dolar AS daripada 4.6850/6910, semalam.

Sumber