KWSP catat pendapatan pelaburan RM47.86 bilion

KWSP catat pendapatan pelaburan RM47.86 bilion

[DIKEMAS KINI] KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) raih peningkatan pendapatan pelaburan sebanyak 33 peratus iaitu RM47.86 bilion untuk sembilan bulan berakhir 30 September lalu berbanding RM36.04 bilion yang dicatatkan dalam tempoh sama pada 2022.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, jumlah pendapatan pelaburan dicatatkan selepas mengambil kira turun nilai kos atas ekuiti tersenarai yang direkodkan untuk suku tersebut.

“Daripada RM47.86 bilion jumlah pendapatan pelaburan, sebanyak RM4.62 bilion dijana daripada keuntungan mark to market (MTM) sekuriti yang belum direalisasikan. Keuntungan MTM disumbangkan oleh turun naik pertukaran mata wang asing.

“Jumlah pendapatan pelaburan bagi suku ketiga (S3 2023) berakhir 30 September 2023 adalah RM14.67 bilion selepas mengambil kira turun nilai kos.

Sumber