Bursa Malaysia ditutup rendah – Sinar Harian

Bursa Malaysia ditutup rendah – Sinar Harian

Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini apabila kebimbangan terhadap perkembangan ekonomi dan kewangan di AS dan China telah menjejaskan sentimen global. - Foto hiasan

Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini apabila kebimbangan terhadap perkembangan ekonomi dan kewangan di AS dan China telah menjejaskan sentimen global. – Foto hiasan

BURSA Malaysia ditutup rendah hari ini apabila kebimbangan terhadap perkembangan ekonomi dan kewangan di Amerika Syarikat dan China telah menjejaskan sentimen global.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.01 mata kepada 1,460.67 daripada paras penutup 1,464.68 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 3.09 mata kepada 1,461.59 dan kemudiannya bergerak antara paras 1,458.53 dan 1,462.31 sepanjang sesi dagangan.

Suasana pasaran bercampur-campur dengan kaunter rugi mengatasi sedikit kaunter untung sebanyak 450 berbanding 440 manakala 461 kaunter tidak berubah, 1,039 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Sumber