Ringgit dijangka diniagakan antara RM4.72-RM4.74 berbanding dolar

Ringgit dijangka diniagakan antara RM4.72-RM4.74 berbanding dolar

Ringgit dijangka diniagakan rendah pada paras antara RM4.72-RM4.74 berbanding dolar AS minggu depan.. - Gambar hiasan

Ringgit dijangka diniagakan rendah pada paras antara RM4.72-RM4.74 berbanding dolar AS minggu depan.. – Gambar hiasan

RINGGIT dijangka diniagakan rendah pada paras antara RM4.72-RM4.74 berbanding dolar AS minggu depan.

Rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, pendirian pasaran adalah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dijangka meneruskan dasar monetari ketatnya dengan kadar faedah kekal tinggi untuk tempoh yang lama.

“Saya yakin dolar AS akan terus mendapat permintaan kerana pelabur memilih aset selamat dan kelebihan hasilnya berbanding ringgit.

“Bagaimanapun, kerana pasaran pada masa ini berada pada kedudukan yang memihak kepada dolar AS, peniaga mungkin menggunakan pendekatan berhati-hati dan memerhatikan bagaimana hasil bon AS akan berkembang pada minggu akan datang dan juga memantau perkembangan dalam krisis Timur Tengah,” katanya kepada Bernama.

Sumber