Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024

Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024

Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024. (Gambar hiasan) - Foto Awani

Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024. (Gambar hiasan) – Foto Awani

OCBC Bank (Malaysia) Bhd menyambut baik Belanjawan 2024 sebagai progresif, membina sebuah negara yang makmur dan memastikan kemampanan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Chor Sen dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, inisiatif kerajaan yang berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi Madani dan ia adalah seiring dengan temanya ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’.

“Langkah membina Malaysia yang lebih baik dengan meletakkan negara sebagai peneraju dalam ekonomi Asia Tenggara dengan menyokong syarikat baharu dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab perindustrian digital sangat dialu-alukan.

“Usaha ini akan mengubah negara daripada berorientasikan buruh kepada ekonomi yang diterajui inovasi,” katanya.

Sumber