Sasar 4 juta pengguna Touch ‘n Go RFID tahun depan

Sasar 4 juta pengguna Touch ‘n Go RFID tahun depan

Prabakaran (tengah) bersama Kon Yeow (kiri) melancarkan Kempen Touch 'n Go's Walao Eh Just In Penang pada Ahad.

Prabakaran (tengah) bersama Kon Yeow (kiri) melancarkan Kempen Touch ‘n Go’s Walao Eh Just In Penang pada Ahad.

TOUCH ‘n Go Sdn Bhd mensasarkan empat juta pengguna akan menggunakan kemudahan digital Touch ‘n Go RFID pada akhir tahun hadapan di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go Sdn Bhd, S Prabakaran berkata, sehingga kini pengguna berdaftar yang menggunakan kemudahan tersebut adalah tiga juta orang.

“Jumlah pengguna yang ada kini adalah tiga juga yang mana, dalam tempoh setahun lagi, kita mensasarkan pertambahan satu juta lagi pengguna yang akan menggunakan perkhidmatan digital ini, menjadikan empat juta pengguna menjelang hujung tahun 2024.

“Sebab itu, kita melancarkan promosi jelajah pada hari ini iaitu pelancaran trak bergerak untuk mendidik dan membantu masyarakat dalam penggunaan teknologi digital di Pulau Pinang,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Kempen Touch ‘n Go’s Walao Eh Just In Penang di sini pada Ahad.

Sumber