Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini, berikutan pelabur beralih kembali kepada mata wang selamat disebabkan perkembangan baharu mengenai rundingan Brexit, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.0720/0760 berbanding dolar AS daripada 4.0640/0690 semasa ditutup pada Rabu.

Peniaga berkata dolar AS kekal kukuh sejajar dengan peningkatan pound sterling kepada paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan selepas pemimpin-pemimpin Eropah menunjukkan mereka akan mempertimbangkan untuk menangguhkan Brexit jika perjanjian perdagangan tidak dipersetujui menjelang 29 Mac.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain kecuali yen Jepun.

Ia mengukuh berbanding yen kepada 3.6721/6767 daripada 3.6798/6854 pada Rabu, bagaimanapun susut berbanding euro kepada 4.6319/6369 daripada 4.6301/6378.

Berbanding dolar Singapura, unit tempatan turun kepada 3.0194/0228 daripada 3.0155/0197 dan merosot berbanding pound British kepada 5.4211/4276 daripada 5.3970/3053 sebelum ini.- Bernama



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *