PKF2 platform kerjasama sektor pendidikan, korporat

PKF2 platform kerjasama sektor pendidikan, korporat

Raja Arshad (tiga dari kiri), dan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn (empat dari kiri) bergambar bersama ahli-ahli panel PKF2.

Raja Arshad (tiga dari kiri), dan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn (empat dari kiri) bergambar bersama ahli-ahli panel PKF2.

SHAH ALAM – Forum Ilmu PNB 2023 (PKF2) menyasarkan pengumpulan idea dan pandangan jauh dalam membentuk model pembelajaran sepanjang hayat serta pembinaan ekosistem pendidikan baharu untuk masyarakat pada masa hadapan.

Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, program kali kedua anjuran PNB Research Institute Sdn Berhad (PNBRI) itu menampilkan empat institusi berbeza yang telah memberi impak ketara terhadap ekosistem pendidikan, modal insan dan pembangunan bakat termasuk Bank Negara Malaysia (BNM), Capital A Berhad – Akademi Air Asia, Akademi Arus dan Teach For Malaysia.

Ujar beliau, ia bertujuan menjadikan PKF2 sebagai platform yang memberi inspirasi kepada pembentukan kerjasama antara sektor pendidikan dan swasta serta menggalakkan penglibatan melangkaui sumbangan tanggungjawab sosial korporat tradisional.

“Orang kita dengan pantas menjadi masyarakat digital dengan peluang ekonomi baharu dan nilai yang dicipta berdasarkan model perniagaan secara digital.

Sumber