Ringgit ditutup tinggi, sejajar pasaran mata wang asing lebih luas

Ringgit ditutup tinggi, sejajar pasaran mata wang asing lebih luas

RINGGIT ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, sejajar dengan pasaran pertukaran mata wang asing yang lebih luas apabila pelabur mula mempertimbangkan kemungkinan sebenar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengurangkan kadar faedah atas sebab bukan kemelesetan, kata seorang penganalisis.

Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6655/6705 berbanding dolar AS daripada 4.6785/6825 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, pelabur akan memberi tumpuan kepada minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS yang akan dikeluarkan minggu ini.

Beliau berkata, tindakan itu bertujuan mengukur sejauh mana minat Fed terhadap ‘pemotongan insurans’ atau bank pusat itu lebih berminat untuk melonggarkan keadaan kewangan dengan hasil bon pada masa ini yang lebih rendah dan saham lebih tinggi.

Sumber