Niaga hadapan emas ditutup rendah

Niaga hadapan emas ditutup rendah

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, menjejaki prestasi di niaga hadapan emas Comex Amerika Syarikat (AS).

Pada penutup dagangan, kontrak November 2023 turun kepada AS$1,971.60 setiap auns troy daripada AS$1,994.90 setiap auns troy pada Jumaat, Disember 2023 merosot kepada AS$1,981.70 setiap auns troy daripada AS$2,005.0 setiap auns troy, dan Januari 2024 berkurangan kepada AS$1,991.40 setiap auns troy daripada AS$2,014.70 setiap auns troy.

Kontrak bagi Februari 2024, April 2024 and Jun 2024 semuanya ditutup pada AS$2,000.30 setiap auns troy.

Jumlah dagangan merosot kepada 114 lot daripada 304 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 232 kontrak daripada 452 kontrak sebelum ini.

Sumber