Northport terima anugerah tertinggi APBSP

Azman Shah (dua dari kiri) menerima Anugerah Perdana Penarafan Bintang Sasaran Penting (APBSP) 2023 daripada Menteri Dalam Negeri (dua dari kanan) di Kuala Lumpur pada 16 November lalu.

Azman Shah (dua dari kiri) menerima Anugerah Perdana Penarafan Bintang Sasaran Penting (APBSP) 2023 daripada Menteri Dalam Negeri (dua dari kanan) di Kuala Lumpur pada 16 November lalu.

AHLI kumpulan MMC Corporation Berhad (MMC), Northport (Malaysia) Bhd (Northport) diumum sebagai penerima Anugerah Perdana Penarafan Bintang Sasaran Penting (APBSP) 2023 dalam satu majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Leo Moggie, TNB Platinum Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Anugerah yang disampaikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu di bawah kategori Sasaran Penting Keutamaan ll.

Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd Yusof berkata, kemenangan tersebut mencerminkan dedikasi syarikatnya untuk mencapai kecemerlangan dalam prestasi pengurusan keselamatan serta memupuk budaya sekuriti dalam kalangan seluruh kakitangan.

“Dalam beberapa tahun ini, kami telah membuat penambahbaikan berterusan melalui inisiatif ‘Reinventing Northport’ untuk menjadi pelabuhan yang Lebih Selamat, Lebih Hijau, Lebih Pintar dan Lebih Baik.

Sumber