Pesawat Boeing 737-8 Malaysia Airlines mula perkhidmatan hari ini

Pesawat Boeing 737-8 Malaysia Airlines mula perkhidmatan hari ini

Pengenalan pesawat kecil atau (narrow-body) itu akan meningkatkan lagi pengalaman pelanggan, selain kecekapan operasi dan bahan api. - Foto Malaysia Aviation Group (MAG)

Pengenalan pesawat kecil atau (narrow-body) itu akan meningkatkan lagi pengalaman pelanggan, selain kecekapan operasi dan bahan api. – Foto Malaysia Aviation Group (MAG)

SYARIKAT induk syarikat penerbangan Malaysia Airlines, Malaysia Aviation Group (MAG) pada Isnin menerima penghantaran pesawat Boeing 737-8 pertamanya dalam satu majlis pelancaran yang diadakan di Hangar 5, Kompleks Kejuruteraan MAB.

Pesawat canggih itu akan melaksanakan penerbangan komersial pertamanya ke Kota Kinabalu pada Isnin melalui penerbangan Malaysia Airlines MH2640 yang berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 3.40 petang waktu tempatan.

Pengerusi Kumpulan MAG, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, pengenalan pesawat kecil atau (narrow-body) itu akan meningkatkan lagi pengalaman pelanggan, selain kecekapan operasi dan bahan api.

“Dengan pengenalan pesawat baharu ini, ia bukan sahaja menyegarkan pesawat kami yang sudah lama, namun bertindak sebagai permulaan era baharu syarikat penerbangan nasional Malaysia.

Sumber