Saiz dana pelaburan KWSP cecah RM1.1 trilion hingga 31 Ogos 2023 – Steven Sim

Saiz dana pelaburan KWSP cecah RM1.1 trilion hingga 31 Ogos 2023 – Steven Sim

Steven Sim - Foto: Bernama

Steven Sim – Foto: Bernama

JUMLAH dana pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebanyak RM1.1 trilion sehingga 31 Ogos, 2023, kata Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim.

Katanya daripada jumlah itu purata pelaburan KWSP dalam pasaran domestik adalah 64.9 peratus yang mana 24.4 peratus dalam ekuiti tersenarai domestik.

Selain KWSP, dana-dana pelaburan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) juga merangkumi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

“Bagi tempoh 2019 sehingga 31 Ogos, 2023, jumlah dana pelaburan PNB adalah RM332 bilion dan purata pelaburan dalam pasaran domestik adalah 84.3 peratus yang mana 74.4 peratus adalah dalam ekuiti tersenarai domestik.

Sumber