Perdagangan Malaysia bagi Januari-Oktober tahun ini lepas RM2 trilion

Perdagangan Malaysia bagi Januari-Oktober tahun ini lepas RM2 trilion

PERDAGANGAN Malaysia melepasi paras RM2 trilion bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, mencecah nilai RM2.181 trilion dengan eksport berjumlah RM1.186 trilion manakala import bernilai RM995.55 bilion.

Menurut kenyataan pada Isnin, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan perdagangan, eksport dan import masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak 8.0 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas manakala lebihan dagangan berkurangan 7.9 peratus kepada RM190.04 bilion.

“Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan Malaysia pada Oktober 2023 berkembang 6.8 peratus kepada RM239.52 bilion. Eksport meningkat 1.5 peratus kepada RM126.19 bilion dan import mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 13.4 peratus kepada RM113.33 bilion.

“Lebihan dagangan mencecah RM12.87 bilion, merupakan lebihan dagangan yang ke-42 bulan berturut-turut sejak Mei 2020,” tambahnya.

Sumber