NVIDIA lihat Malaysia miliki sumber, kemampuan jadi hab AI – Anwar

Anwar (lima dari kanan) dan Jensen Huang (lima dari kiri) merakam kenangan selepas mengadakan perbincangan bersama dengan NVIDIA Corporation pada Jumaat. - Foto: FB Anwar Ibrahim

Anwar (lima dari kanan) dan Jensen Huang (lima dari kiri) merakam kenangan selepas mengadakan perbincangan bersama dengan NVIDIA Corporation pada Jumaat. – Foto: FB Anwar Ibrahim

NVIDIA Corporation, sebuah syarikat teknologi multinasional, melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai sumber dan kemampuan untuk menyediakan keperluan dan syarat sebagai sebuah hab kecerdasan buatan (AI).

NVIDIA telah menjadi perintis dalam pengkomputeran dipercepatkan dan kini merupakan syarikat keenam terbesar di dunia dari segi permodalan pasaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, NVIDIA telah menyatakan kesediaan untuk menyokong hasrat Malaysia menjadi 20 negara teratas terkait AI dan bersetuju membantu membangunkan ekosistem AI di Malaysia menerusi sokongan dalam pembinaan pusat kecemerlangan bagi memudahkan pembelajaran dan penyelidikan AI, selain pewujudan sistem Awan AI Malaysia sendiri.

“Dalam pertemuan tadi, perbincangan kami menyinggung potensi Malaysia menjadi 20 negara teratas terkait AI. Saya tekankan bahawa Malaysia memerlukan infrastruktur AI bertaraf dunia bagi memupuk bakat tempatan dan membangunkan inovasi yang diterajui AI,” katanya dalam catatan di laman Facebook beliau.

Sumber