Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.6625/6665 berbanding dolar US daripada 4.6720/6765 ketika ditutup pada Khamis. Foto hiasan

Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.6625/6665 berbanding dolar US daripada 4.6720/6765 ketika ditutup pada Khamis. Foto hiasan

RINGGIT ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini kerana peniaga forex menunggu pengumuman data bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat lewat malam ini yang akan memberikan kejelasan lanjut mengenai prospek kadar faedah AS.

Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.6625/6665 berbanding dolar US daripada 4.6720/6765 ketika ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, anggaran konsensus telah menetapkan NFP pada 180,000 pekerjaan bagi November, jumlah berkenaan lebih tinggi berbanding Oktober dengan kadar pengangguran AS dijangka kekal tidak berubah pada 3.90 peratus.

“Pasaran buruh AS memberi petunjuk negatif berikutan laporan Tinjauan Tawaran Pekerjaan dan Buruh baru-baru ini yang menunjukkan bahawa permintaan untuk buruh semakin berkurangan,” katanya.

Sumber