ADRIANNA CINTA TAMPIL DENGAN SINGLE TERBAHARU SEMESTA

Label Rocketfuel Entertainment dan Sony Music Malaysia mengumumkan kerjasama untuk menghasilkan runut bunyi bagi drama bersiri X-Changed. Dalam drama yang menampilkan barisan pelakon ternama seperti Arfie Shah sebagai Khalif, Joey Long sebagai Lilian, Dato’ Rosyam Nor sebagai Yakob, dan Marisa Yasmin sebagai Mariam.

Adrianna Cinta, seorang penyanyi muda yang semakin dikenali, muncul dengan single terbarunya berjudul “Semesta”. Lagu ini mengisahkan perjalanan seseorang yang sedang mencari dan mengenali dirinya sendiri sambil berhadapan dengan tekanan hidup dan pilihan besar.

“Semesta menggambarkan krisis diri seseorang yang selalu bersedih dan menangis di malam hari, berharap segalanya akan berakhir saat pagi tiba. Dia berharap semesta dapat membimbing hidupnya,” jelas Adrianna.

Adrianna juga berkongsi cabaran utama dalam menulis lagu ini, terutama dalam menonjolkan karakter utama yang mengalami krisis identitas seperti dalam skrip drama X-Changed.

Proses penulisan lagu “Semesta” berlangsung sangat cepat. Adrianna berterima kasih kepada Farouk Roman, komposer lagu ini, yang sangat membantunya. Dia hanya memerlukan waktu 30 minit untuk merakam lagu ini di studio, menjadikannya salah satu rakaman tercepat yang pernah dilakukannya.

Lebih istimewa lagi, runut bunyi untuk drama bersiri X-Changed ini bukan sahaja mempunyai versi Bahasa Melayu namun ianya turut mempunyai versi Bahasa Mandarin berjudul 迷雾 (Fog) yang dinyanyikan Joey Leong yang merupakan salah seorang pelakon untuk drama bersiri ini.

Menurut Joey, cabaran utama dalam merakam lagu ini adalah bagaimana beliau mahu menyampaikan lagu ini dari wataknya sendiri, Lilian.

“Saya perlu mengambil sedikit masa untuk mendapatkan emosi yang betul sebagaimana saya gambarkan penceritaan lagu dan juga keseluruhan drama bersiri ini.”

Joey juga menyatakan beliau hampir menitiskan air mata kerana lirik dan lagu tersebut sangat dekat dengan dirinya. Selain itu, beliau berasa sangat gembira kerana pihak produksi telah memilihnya untuk menyanyikan lagu ini.

“Saya merasakan lagu ini sangat istimewa. Jadi, saya sangat-sangat berterima kasih kepada pihak produksi kerana memilih saya untuk menyanyikan lagu ini.” kata Joey.

Sepanjang pembikinan lagu ini juga segala-galanya turut mudah dan kerjasama bersama Farouk Roman memudahkan lagi proses rakaman yang dilakukan dalam versi Mandarin.

Untuk makluman, lagu Semesta & 迷雾 (Fog) bakal dilancarkan pada 28 Jun 2024 dan juga boleh dimuat turun melalui iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKbox, Spotify, YouTube dan YouTube Music pada hari yang sama. Manakala, lirik video Semesta dari Adrianna Cinta akan ditayangkan secara rasminya pada 28 Jun 2024 bermula jam 9 Malam pada saluran YouTube Adrianna Cinta Vevo dan Fog dari Joey Leong pada saluran YouTube Rocketfuel Entertainment.