UMWT jamin kekal piawaian kualiti tinggi kereta Toyota

UMWT jamin kekal piawaian kualiti tinggi kereta Toyota

Ravindran (gambar kecil) berkata, syarikat itu sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kawal selia untuk menangani isu keselamatan secara telus.

Ravindran (gambar kecil) berkata, syarikat itu sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kawal selia untuk menangani isu keselamatan secara telus.

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) memberi jaminan mengekalkan piawaian dan kualiti tinggi dalam setiap kenderaan keluarannya di negara ini.

Presiden UMWT, Datuk Ravindran K berkata, syarikat itu sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kawal selia untuk menangani isu keselamatan secara telus melibatkan semua model kenderaan yang sedang dalam pengeluaran.

“Jangan bimbang, kami sedang berusaha untuk memastikan semua kenderaan kami di Malaysia mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkaitan.

“Kepercayaan pelanggan sangat penting dan kami berazam untuk mengukuhkan keyakinan selain kepuasan mereka sentiasa menjadi fokus utama,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sumber