• AKTIVITI
    • Acara
    • Ekspo
    • Festival
  • PERKONGSIAN KISAH PERCUTIAN
    • Dalam Negara
    • Luar Negara
  • DIREKTORI
    • Kompleks Membeli-belah
    • Hotel/Resort
    • Pantai
  • Hobi / Sukan
    • Aktivit Lasak
    • Hunt
    • Memancing
  • ALAM SEMULAJADI

Inspirasi Destinasi Menarik Percutian Impian

Destinasi Asia - The heart and soul of Asia

  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • Sitemap
  • BLOG
  • ADVERTORIAL
  • DIREKTORI
    • Hotel/Resort
    • Kompleks Membeli-belah
    • Foodie
    • Promosi
    • Buffet Ramadhan

Trapo perkenal karpet kereta pembunuh bakteria

August 19, 2019 by

PENGELUAR karpet kereta tempatan, Trapo Asia berinovasi apabila menggunakan teknologi Bactekiller oleh Fuji Chemical Industries Co ltd yang mampu menyingkirkan 99 peratus bakteria pada permukaan karpet kereta.

Pelancaran teknologi produk terbaharu dinamakan Trapo Mark II itu dikatakan mampu mencegah bakteria daripada membiak sekali gus membunuhnya.

Kelebihan Trapo Mark II itu disifatkan sebagai tambahan rangkaian produk yang mampu meningkatkan pengalaman pemanduan.

Trapo Asia meningkatkan kelestarian dalam pengeluaran karpet kereta menerusi pelancaran Trapo Eco.

Trapo Asia meningkatkan kelestarian dalam pengeluaran karpet kereta menerusi pelancaran Trapo Eco.

Pengasas bersama Trapo Asia, Tzong Lee meluahkan rasa gembira dengan pencapaian pihaknya kali ini.

“Dalam tempoh tiga tahun ini, Trapo berjaya menarik lebih 6 peratus pasaran kereta baharu sekali gus menjadikan kami jenama karpet kereta pertama dari Malaysia. Kami bangga melakar kejayaan ini dan yakin dapat mencapai peningkatan dua angka menjelang hujung tahun. Kami akan terus berinovasi dalam menghasilkan produk terbaik,” katanya dalam kenyataan media baru-baru ini.

Trapo Asia turut menyasarkan untuk memperkuatkan kedudukan di pasaran benua Asia menerusi produk terbaharunya itu.

Dengan slogan syarikat Trap Your Worries, Trapo Asia sedang berusaha mengembangkan rangkaian produknya kepada semua jenis kenderaan empat roda.

Difahamkan sehingga kini, Trapo Asia berjaya menarik lebih 80,000 kenderaan lain yang meliputi pasaran Singapura dan Indonesia.



Sumber

Filed Under: TRAVELOG Tagged With: bakteria, karpet, kereta, pembunuh, perkenal, Trapo

Kereta terbang sesuai dijadikan sebagai pengangkutan awam

August 15, 2019 by

SEORANG penyelidik tempatan optimis bahawa inovasi industri automobil negara mungkin boleh berubah seiring dengan kemajuan teknologi masa depan dalam tempoh 20 tahun akan datang. Dr Sazrinee Zainal Abidin dari Jabatan Rekabentuk Perindustrian, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, untuk jangka masa 10 tahun bermula dari saat ini, idea untuk mewujudkan kereta terbang nasional memerlukan kajian lebih terperinci lantaran ia melibatkan kepakaran ramai pihak dan mungkin memakan masa. “Kos nak bangunkan prototaip pun bukannya kecil memandangkan sebelum ini, saya sendiri pernah menghasilkan prototaip kereta kompak elektrik futuristik yang dikenali sebagai Putrajaya Cell City Car. “Untuk menghasilkan kereta terbang bukannya mudah dan memerlukan kos yang besar selain sokongan dana kerajaan,” katanya kepada e-Trend baru-baru ini. Dr Sazrinee menambah, cadangan pelaksanaan inovasi kereta terbang perlu diperhalusi termasuk mengkaji kepentingan penggunaan dan keupayaan warga Malaysia untuk mengendalikan kereta berteknologi tinggi. “Reka bentuk perlu disesuaikan dengan cuaca Malaysia selain meneliti material yang digunakan kerana kita kena lihat bagaimana rakyat Malaysia yang jenis menggunakan kenderaan sehabis baik untuk tempoh yang lama berbanding rakyat negara luar yang hanya pakai kereta untuk tempoh dua hingga tiga tahun saja. “Kena kaji juga laluan trafik udara selepas ini sekiranya benar prototaip kereta terbang mampu direalisasikan pada masa akan datang. Sebenarnya, semua itu tak mustahil,” ujarnya. Ditanya dengan kemampuan pengguna di Malaysia untuk membeli kereta terbang, Dr Sazrinee tidak menolak kemungkinan bahawa masih ramai yang tidak mampu. “Tidak mustahil kereta terbang dengan dilengkapi teknologi terkini itu nanti dijual dengan harga luar biasa dan mungkin orang yang bergaji RM20,000 ke atas sahaja yang mampu membelinya. Kita perlu bersikap realistik dalam hal ini,” katanya yang turut menyifatkan cadangan kereta terbang mungkin lebih bersesuaian untuk kepentingan umum seperti pengangkutan awam. Menurut beliau lagi, jika dijadikan sebagai pengangkutan awam, ia mungkin mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang tidak berkesudahan di kawasan bandar utama. “Penglibatan kerajaan juga penting bagi merealisasikan impian tersebut memandangkan negara maju seperti Jerman dilihat lebih ke hadapan apabila banyak prototaip dihasilkan bagi tujuan sama,” katanya. Seperti prototaip Vector katanya, inovasi sangat menarik. “Satu inisiatif yang bagus dan mungkin boleh ditambah baik untuk menjadikannya lebih logik. Mungkin makan masa bertahun-tahun tapi saya percaya dengan sokongan dana kerajaan dan peranan semua pihak, projek seumpama itu mampu besar membangunkan industri automobil negara,” katanya lagi.



Sumber

Filed Under: TRAVELOG Tagged With: awam, dijadikan, kereta, pengangkutan, sebagai, sesuai, terbang

Kereta terbang sesuai dijadikan sebagai pengangkutan awam

August 15, 2019 by

SEORANG penyelidik tempatan optimis bahawa inovasi industri automobil negara mungkin boleh berubah seiring dengan kemajuan teknologi masa depan dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Dr Sazrinee Zainal Abidin dari Jabatan Rekabentuk Perindustrian, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, untuk jangka masa 10 tahun bermula dari saat ini, idea untuk mewujudkan kereta terbang nasional memerlukan kajian lebih terperinci lantaran ia melibatkan kepakaran ramai pihak dan mungkin memakan masa.

“Kos nak bangunkan prototaip pun bukannya kecil memandangkan sebelum ini, saya sendiri pernah menghasilkan prototaip kereta kompak elektrik futuristik yang dikenali sebagai Putrajaya Cell City Car.

“Untuk menghasilkan kereta terbang bukannya mudah dan memerlukan kos yang besar selain sokongan dana kerajaan,” katanya kepada e-Trend baru-baru ini.

Dr Sazrinee menambah, cadangan pelaksanaan inovasi kereta terbang perlu diperhalusi termasuk mengkaji kepentingan penggunaan dan keupayaan warga Malaysia untuk mengendalikan kereta berteknologi tinggi.

“Reka bentuk perlu disesuaikan dengan cuaca Malaysia selain meneliti material yang digunakan kerana kita kena lihat bagaimana rakyat Malaysia yang jenis menggunakan kenderaan sehabis baik untuk tempoh yang lama berbanding rakyat negara luar yang hanya pakai kereta untuk tempoh dua hingga tiga tahun saja.

“Kena kaji juga laluan trafik udara selepas ini sekiranya benar prototaip kereta terbang mampu direalisasikan pada masa akan datang. Sebenarnya, semua itu tak mustahil,” ujarnya.

Ditanya dengan kemampuan pengguna di Malaysia untuk membeli kereta terbang, Dr Sazrinee tidak menolak kemungkinan bahawa masih ramai yang tidak mampu.

“Tidak mustahil kereta terbang dengan dilengkapi teknologi terkini itu nanti dijual dengan harga luar biasa dan mungkin orang yang bergaji RM20,000 ke atas sahaja yang mampu membelinya. Kita perlu bersikap realistik dalam hal ini,” katanya yang turut menyifatkan cadangan kereta terbang mungkin lebih bersesuaian untuk kepentingan umum seperti pengangkutan awam.

Menurut beliau lagi, jika dijadikan sebagai pengangkutan awam, ia mungkin mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang tidak berkesudahan di kawasan bandar utama.

“Penglibatan kerajaan juga penting bagi merealisasikan impian tersebut memandangkan negara maju seperti Jerman dilihat lebih ke hadapan apabila banyak prototaip dihasilkan bagi tujuan sama,” katanya. Seperti prototaip Vector katanya, inovasi sangat menarik.

“Satu inisiatif yang bagus dan mungkin boleh ditambah baik untuk menjadikannya lebih logik. Mungkin makan masa bertahun-tahun tapi saya percaya dengan sokongan dana kerajaan dan peranan semua pihak, projek seumpama itu mampu besar membangunkan industri automobil negara,” katanya lagi.



Sumber

Filed Under: TRAVELOG Tagged With: awam, dijadikan, kereta, pengangkutan, sebagai, sesuai, terbang

Kereta terbang bakal hiasi ruang udara

August 15, 2019 by

SEBENARNYA, penciptaan kereta terbang bukan satu perkara baharu.

Berdasarkan sejarah, selepas lebih sedekad adik-beradik Wright mencipta kapal terbang dan berjaya mendaratkannya di dataran Kitty Hawk, New York, Amerika Syarikat pada tahun 1903, ramai perintias lain mengejar impian menghasilkan kereta terbang.

Negara-negara maju seperti Jerman, Rusia dan China dikatakan telah menghabiskan sejumlah dana yang cukup besar untuk merealisasikan teknologi kereta terbang. Justeru, bukan jadi idea gila apabila kereta terbang mahu diwujudkan di Malaysia.

Baru-baru ini, negara membuka satu lembaran sejarah baharu apabila Aerodyne Group memperkenalkan prototaip Vector yang tidak mustahil satu hari nanti menjadi sistem pengangkutan udara nasional.

Difahamkan prototaipnya akan diperlihatkan seawal Oktober ini. Memetik kenyataan Pengarah Kanan Perundingan dan Pembangunan Perniagaan Aerodyne Group, Imtyaz Mohd Azzat berkata, Vector berupa kenderaan berkonsep dron.

Ujarnya, Vector direka untuk membawa penumpang, penghantaran kargo dan pengawasan dan ia bukannya sebuah kereta terbang.

“Vector dikuasakan oleh empat motor dan bateri lithium-ion yang membolehkan kenderaan itu terbang.

“Kenderaan itu juga boleh membawa bebanan dianggarkan 150 hingga 200 kilogram dan terbang pada ketinggian kira-kira 50 meter dengan kelajuan 60 kilometer sejam dan 30 ke 90 minit masa penerbangan,” katanya.

Berdasarkan laporan Sinar Harian dan Bernama, kerajaan dikatakan sedang memainkan peranan sebagai fasilitator dalam membangunkan ekosistem industri mobiliti udara.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, peraturan perlu diwujudkan bagi mengenal pasti ruang udara yang boleh digunakan kereta terbang dan dron pada masa depan.

Pastinya kemunculan teknologi dron bakal membawa satu paradigma baharu sekali gus menjadi penanda aras kemajuan industri automobil negara menjelang 2020.

Pada minggu ini, e-Trend berkongsi 12 prototaip kereta terbang yang dicipta oleh beberapa pereka cipta genius dari Jerman, Kesatuan Eropah termasuk China yang berlumba-lumba menghasilkan rekaan yang mencuri perhatian dunia seperti yang dilaporkan sebuah portal antarabangsa, www.automobilemag.com.

THE Terrafugia Transition.

THE Terrafugia Transition.

The Terrafugia Transition

Inovasi teknologi kenderaan tersebut menyerupai pesawat peribadi beroda dua yang didatangkan dari Woburn, Massachusetts, Amerika Syarikat.

Hanya dikuasakan dengan 100-hp Rotax 912iS empat silinder dan motor elektrik hibrid dalam mod memandu.

Pastinya teknologi tersebut memerlukan lesen terbang yang mampu dikendalikan dengan kelajuan maksimum 100 mph.

Kini, sebahagian projek inovasi itu dimiliki konglomerat China yang juga memiliki Volvo dan Lotus.

AEROMOBIL 4.0.

AEROMOBIL 4.0.

AeroMobil 4.0

AeroMobil 4.0 pula satu eknologi automobil yang boleh berubah daripada pesawat menjadi sebuah kereta dalam masa tiga minit sahaja.

Kenderaan futuristik dari Bratislava, Slovakia itu dijangka boleh didapati menjelang 2020-2021 nanti.

Dilengkapi denganpetak enjin pembakaran dalaman dengan unit kawalan digital FADEC selain sistem pemanduan roda depan hibrid.

Aston Martin Volante Vision

Gah seperti namanya. Prestasi kelajuan memang luar biasa apabila mampu bergerak dari Boston ke New York, Amerika Syarikat dalam durasi satu jam sahaja!

Aston Martin Volante Vision boleh membawa tiga penumpang dengan teknologi autonomi hibrid elektrik sepenuhnya dan boleh mendarat secara vertical (eVTOL).

Teknologi itu dibangunkan dengan kerjasama Cranfield Aerospace Solutions dan Syarikat Penerbangan Rolls-Royce.

Airbus (A3 Vahana) Alpha One

Mirip seperti dron versi gergasi. Hanya boleh membawa satu penumpang dengan mod pemanduan dan pendaratan secara vertical (eVTOL).

Dikuasakan dengan lapan 60hp 45kW pada sayap hadapan dan belakang selain 1/3 bahagian menggunakan kuasa bateri.

Demonstrasi kenderaan itu dijangka akan diadakan menjelang tahun depan.

BOEING (Aurora) PAV eVTOL.

BOEING (Aurora) PAV eVTOL.

Boeing (Aurora) PAV eVTOL

Inovasi itu dikatakan mampu menjadi pelopor kenderaan futuristik Uber Air yang direka khas untuk penerbangan dalam bandar sejauh 50 batu (80.5 kilometer).

Boleh membawa dua penumpang dalam satu masa dan sepenuhnya kuasa autonomi elektrik eVTOL. Ujian penerbangan pertama dijalankan 22 Januari lalu di Manassas, Virginia, Amerika Syarikat.

VOLOCOPTER 2X.

VOLOCOPTER 2X.

Volocopter 2X

Reka bentuk inovasi yang menyerupai helikopter biasa tetapi dilengkapi 18 rotor.

Eksperimen teknologi yang dibangunkan sejak tahun 2016 itu dikuasakan dengan sembilan bateri berkapasiti tinggi yang memberi 18 pemacu elektrik. Julat kelajuan 43mph hingga maksimum 62 mph sejauh 27.4 km.

Inovasi eVTOL itu dikatakan boleh membawa dua penumpang.

Samson Switchblade

Nampak seperti pesawat mini yang boleh membawa dua penumpang namun sebenarnya boleh dipandu di laluan darat dengan hanya menggunakan tiga roda sahaja.

Dikatakan sudah menerima 800 tempahan dari 24 negara. Teknologi yang dibangunkan di Redmond, Oregon, Amerika Syarikat itu mula mencuri tumpuan ramai sejak diperkenal pada tahun 2009.

Memiliki sayap yang boleh dilipat dengan tempoh kelajuan penerbangan 257km/jam yang dikuasakan 190 kuasa kuda melalui empat enjin piston 1.6-liter V-4. Harga dianggarkan USD120,000 (RM502,176) untuk kit standard.

EHANG 184.

EHANG 184.

EHang 184

Teknologi dari China yang mungkin dikatakan menjadi dron pembawa penumpang pertama dunia. Lebih 1,000 ujian penerbangan dijalankan sejak tempoh tiga tahun dengan ketinggian 304.8 meter.

Durasi pengecasan dalam satu jam dan boleh membawa muatan sehingga 90.7kg sahaja.

Penumpang obesiti dilarang sama sekali ya!

OPENER BlackFly.

OPENER BlackFly.

Opener BlackFly

Apa yang menarik tentang inovasi tersebut adalah ia dibiayai pengasas bersama Google, Larry Page dengan harga seunit dikatakan sama dengan harga sebuah SUV.

Dibangunkan di Palo Alto, California, Amerika Syarikat dengan hanya satu tempat duduk dan menggunakan kawalan joystick berwayar.

Teknologi eVTOL itu mampu selaju 62mph dengan julat 40.2km.

LILLIUM Jet.

LILLIUM Jet.

Lilium Jet

Mungkin menjadi jet elektrik pertama dunia dari Gilching, Jerman. Dibangunkan di bawah pemantauan European Space Agency dengan kemudahan lima tempat duduk dan enjin kipas yang boleh dicas semula (435hp).

Teknologi hebat itu juga dikawal menggunakan joystick berwayar dengan kelajuan 250mph dan ketua reka bentuk produk inovasi itu juga bukan calang-calang orang. Individu itu ialah bekas Pengarah Reka Bentuk McLaren, Frank Stephenson.

Unit Air Mobility Vehicle (AMV)

Jepun juga tidak kurang hebatnya apabila syarikat IT dan rangkaian Jepun (NEC) menguji prototaip kereta terbang elektrik kepada umum beberapa hari lalu bagi tujuan pembangunan teknologi komunikasi dan kawalan udara pada masa akan datang.

AMV berkenaan mempunyai dimensi 3.9 meter (panjang), 3.7 meter (lebar) dan 1.3 meter (tinggi). Ia turut dilengkapi dengan empat kipas propelar dan mempunyai berat 148 kg serta dikatakan akan menjadi pengangkutan kargo futuristik.



Sumber

Filed Under: TRAVELOG Tagged With: bakal, hiasi, kereta, ruang, terbang, udara

Kereta Terbang: Imaginasi atau Realiti?

August 15, 2019 by

PADA suatu ketika dahulu, ramai yang mentertawakan Orville dan Wilbur Wright yang merintis sebuah kapal terbang ciptaan mereka sekitar tahun 1903.

Namun, kini lihat bagaimana idea yang dikatakan ‘gila’ itu telah berjaya menyemarakkan industri penerbangan dunia.

Begitu juga halnya dengan inovasi kereta terbang yang hangat menjadi pendebatan di Malaysia baru-baru ini.

Pada ketika ramai yang masih ragu-ragu, apa kata selak maklumat-maklumat terkini kereta terbang yang berjaya dibangunkan oleh pereka dari negara Jerman, Amerika Syarikat, Rusia waima di Slovakia yang sudah lama bergerak ke hadapan dalam penghasilan teknologi tersebut.

Seorang penyelidik tempatan yang diwawancara juga optimis dengan penghasilan kereta terbang hingga beliau menganggap tidak mustahil kenderaan itu menjadi satu pengangkutan awam pada masa akan datang.

Ikuti kupasan e-Trend mengenai topik kereta terbang yang bakal mengubah paradigma dunia.



Sumber

Filed Under: TRAVELOG Tagged With: atau, Imaginasi, kereta, realiti, terbang

Kereta nasional baharu masuki pasaran pada Mac 2021

August 9, 2019 by

KERETA nasional baharu dijangka berada di pasaran pada Mac 2021.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking berkata, bagaimanapun prototaip model pertamanya akan diperkenalkan pada Mac 2020.

“DreamEDGE Sdn Bhd akan menjadi syarikat peneraju negara dalam pengeluaran kereta nasional baharu tersebut,” katanya.

Akan menyusul



Sumber

Filed Under: AKTIVITI Tagged With: baharu, kereta, Mac, masuki, nasional, pada, Pasaran

Kenapa kita perlu guna kereta elektrik?

July 10, 2019 by

KENDERAAN hibrid elektrik (HEV) merupakan inovasi industri permotoran yang menggunakan kombinasi tenaga enjin pembakaran dalaman (ICE) dengan satu atau lebih motor elektrik.

Menurut sumber portal rasmi Malaysian Green Technology Corporation, terdapat enam model HEV keluaran Nissan, Renault, Mitsubishi Motors, BMW dan Volvo yang dipasarkan di Malaysia.

Teknologi HEV menggunakan ICE itu untuk memutarkan generator elektrik yang dikenali sebagai sistem motor-generator untuk mengecas bateri dan kapasiti lebih kecil berbanding ICE konvensional.

Kenderaan ICE konvensional menggunakan bahan api hidrokarbon mendatangkan masalah pencemaran alam yang tak berkesudahan sekali gus mendorong keperluan penggunaan kenderaan mesra alam untuk masa akan datang.

Menariknya, evolusi ICE kini yang terdiri daripada petrol dan diesel akan mempamerkan ciri-ciri homogeneously charged compression ignition (HCCI).

Teknologi itu menggabungkan ciri kebaikan ICE jenis nyalaan (spark-ignition) dan nyalaan mampatan (compression-ignition) mengguna diesel.

Jom kita lihat kelebihan lain kenderaan HEV ini.

  • 100 peratus dipacu tenaga elektrik
  • Boleh dicaj semula menggunakan soket rumah
  • Alat pengecas menggunakan plug tiga pin
  • Caj penuh boleh sehingga 100 kilometer
  • Tempoh penggunaan 30 minit sehingga lapan jam
  • 69 peratus penjimatan kos pembelian petrol
  • 64 peratus penjimatan kos penyelenggaraan
  • Tidak lagi berdepan situasi kenaikan harga petrol 6 peratus setiap tahun



Sumber

Filed Under: TRAVELOG Tagged With: elektrik, guna, Kenapa, kereta, kita, perlu

Revolusi kereta terbang

July 5, 2019 by

REVOLUSI teknologi pembuatan kereta negara pastinya tiba di kemuncaknya dengan pengenalan kereta terbang, Vector yang diinovasikan syarikat tempatan, Aerodyne.

Prototaip pertama yang diperkenalkan kerajaan ini kini mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi dikatakan akan diperlihatkan model sebenar seawal Oktober ini.

Pengumuman itu dibuat Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof ketika menjawab soalan di Parlimen, baru-baru ini.

Menurutnya, pembangunan kereta terbang pertama negara adalah diusahakan syarikat swasta tanpa penglibatan dana kerajaan.

Turut diumumkan, kerajaan sedang memainkan peranan sebagai fasilitator dalam membangunkan ekosistem industri mobiliti udara.

“Terutama dari segi merumuskan dasar, peraturan dan sokongan industri tempatan untuk memenuhi keperluan dalam membangunkan industri.

Peraturan perlu diwujudkan bagi mengenalpasti ruang udara yang boleh digunakan kereta terbang dan dron pada masa depan,” katanya yang dipetik dalam Bernama.

Pastinya, model ini akan dinanti ramai lebih-lebih pengguna jalan raya yang sering berdepan tekanan akibat kesesakan jalan raya.



Sumber

Filed Under: TRAVELOG Tagged With: kereta, Revolusi, terbang

10 kereta terpantas dunia 2019

July 2, 2019 by

JIKA bercakap soal kereta, pastinya tidak dapat lari daripada topik untuk melihat sejauh mana kemampuannya untuk ‘pergi’.

Faktor kelajuan menjadi daya yang paling menarik seseorang pemandu kereta lebih-lebih lagi dalam kalangan mereka yang menagih keseronokan meneroka objek bergerak itu.

Pada masa ini, industri kereta juga sedang gigih mencari formula memantapkan kuasa tujahan kenderaan di tengah-tengah kebangkitan pelbagai jenis model.

Bagi mencapai matlamat ini, jurutera kenderaan pastinya memikirkan supaya teknologi baharu sama ada menggantikan teknologi lama atau mencari jalan untuk wujud bersama.

Satu contoh sempurna ialah unit kuasa dalam Mercedes-AMG Project One, yang meminjam enjin enam silinder padat dan menguatkannya dengan motor elektrik dan sistem kuasa hibrid.

Sinar Turbo percaya, menjelang tahun 2020, landskap automotif akan menumpukan tentang usaha mencari kelajuan selari dengan sistem pendorongan dan pengurusan tenaga baharu.

Untuk mendapatkan tempat dalam senarai ‘kereta laju’ di dunia, pastinya usaha kini sedang giat dijalankan.

Penulis percaya kita pastinya tidak dapat mengukur kelajuan tertinggi, tetapi hanya mengambil kira angka kelajuan yang didakwa oleh pengilang. Ia bukan ukuran yang dikumpulkan oleh penerbitan, pemilik atau pengiktirafan dari platform bertauliah.

Apa pun si pemecut dengan harga tinggi seperti Bugatti, Lamborghini, Porsche, Ferrari, McLaren tidak perlulah dipertikaikan lagi.

Tetapi beberapa kejutan di mana pesaing yang kurang dikenali juga mampu membuktikan tahap prestasi tinggi mereka. Malah kenderaan ini hadir dengan tag harga yang lebih berpatutan.

Berikut adalah 10 kereta terpantas di dunia buat masa ini yang mungkin boleh anda miliki atau hanya mampu lihat yang disenaraikan laman TheDrive:

No 10. Dodge Challenger SRT Hellcat Redeye: 203 MPH

No 9. 2019 Bentley Continental GT: 207 MPH

No 8. McLaren Senna: 208 MPH

No 7. Porsche 911 GT2 RS: 211 MPH

No 6. Aston Martin DBS Superleggera: 211 MPH

No 5. Chevrolet Corvette ZR1: 212 MPH

No 4. Ford GT: 216 MPH

No 3. Lamborghini Aventador SVJ: 217 MPH

No 2. Mercedes-AMG Project One: “At Least” 217 MPH

No 1. Bugatti Chiron Sport: 261 MPH

Bugatti Chiron Sport 261 MPH

Bugatti Chiron Sport 261 MPH



Sumber

Filed Under: TRAVELOG Tagged With: dunia, kereta, terpantas

Gilap sendiri kereta anda

June 13, 2019 by

BERHAJAT mengilatkan kereta anda, tapi bajet jadi penghalang?

Apa kata anda cuba lakukan sendiri. Berbaloi walaupun terpaksa membasahkan sedikit bahagian bawah lengan anda!

Berikutan langkah polish atau mengilatkan sendiri kenderaan terutama kereta yang boleh anda lakukan:

1) Letakkan kereta di kawasan teduh, lapang dan bersimen. Cahaya matahari secara langsung boleh mengganggu pandangan kerja mengilat.

Pastikan anda meletak kenderaan pada permukaan rata. Kotoran atau rumput tidak disyorkan, kerana boleh melekat kembali pada kereta selepas anda membasuhnya.

Hari teduh adalah masa yang baik untuk mencuci dan menggilap kereta anda, selagi ia tidak hujan.

2) Pada masa anda menggilap kereta, dalam masa sama boleh gunakan penyembur air atau alatan penyembur sesuai yang boleh membantu proses mengilat lebih kemas.

Gunakan kain atau pengelap yang bersesuaian yang dikhaskan.

3) Bilas keseluruhan kenderaan dengan hos. Semburkan air ke seluruh kenderaan sebelum anda mencuci kenderaan. Jika boleh, gunakan air untuk membuang mana-mana serpihan besar atau kotoran yang tersangkut pada cat kereta.

Mulakan dari bahagian atas ke bahagian bawah kenderaan semasa anda membilasnya.

Pastikan roda dan bahagian bawah kereta dibersihkan dengan teliti kerana di mana kotoran dan lumpur paling cenderung untuk melekat pada cat.

4) Jika anda turut mahu membersihkan rim dan tayar, anda digalakkan menggunakan span dan baldi yang berbeza. Boleh juga bersihkan tayar terlebih dahulu supaya semasa membilas roda, kotoran tidak memercikkan ke cat badan kereta yang dibasuh.



Sumber

Filed Under: TRAVELOG Tagged With: anda, Gilap, kereta, sendiri

  • 1
  • 2
  • 3
  • Next Page »

Carian

Social Media Icons

Visit Us On FacebookVisit Us On TwitterVisit Us On YoutubeVisit Us On InstagramVisit Us On Pinterest

Subscribe

Subscribe

Kategori

Recent Posts

  • Taman tema air pertama di Langkawi dibuka
  • Inovasi bantu pesakit diabetes
  • Daging tetel masam manis Cef Naem
  • Magis motif alam, hidupan safari
  • Harvey Norman buka cawangan baharu di Ipoh

Popular Post

  • Pulau Aman Homestay
  • Roof Garden Hotel Bukit Jelutong
  • Johor Media Trip Malaysia
  • MUZIUM BUDAYA CHENG HO
  • SAHABAT MEDIA CC1M VMY 2014 HULU SELANGOR

RSS RSS Feed

  • Taman tema air pertama di Langkawi dibuka
  • Inovasi bantu pesakit diabetes
  • Daging tetel masam manis Cef Naem
  • Magis motif alam, hidupan safari
  • Harvey Norman buka cawangan baharu di Ipoh

Tags

alQuran Anak baharu bantu berbanding boleh buat bukan cara dalam dan dengan di dibuka dolar guna hari ibu ini Islam jadi Jangan ke kepada ketika kita lancar lebih lelaki makanan Malaysia mudah orang pada perlu QuranHour rendah Ringgit rumah tawar tidak Tip untuk Wanita yang

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2019 · Lifestyle Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in