Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam

 

Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man, Terengganu adalah merupakan salah satu taman tema bercirikan Islam yang pertama di dunia  dari segi kesenian rekabentuk serta kebudayaan. Ianya menonjolkan keunggulan Islam dalam seni bina terutama didalam pembuatan masjid. Hampir 65% proses pembinaan taman tema ini mendapat sentuhan daripada kontraktor dan tenaga mahir tempatan manakala selebihnya adalah diambil daripada kepakaran tenaga luar negara.

Kira-kira 21 buah monumen dibangunkan didalam taman tema ini mengikut skala 1:8 daripada saiz asal:

Antara monumen yang terdapat disini adalah Masjid Abu Nasr Pasra dari Afganistan, Masjid an-Nabawi dari Arab Saudi, Masjidil Haram dari Arab Saudi, Masjid Sultan Omar Syarif dari Brunei, Masjid Xian dari China, Taj Mahal dari India, Masjid Kuddus Mina dari Indonesia, Masjid Sheikh Lutfalla dari Iran, Masjid Besar Samara dari Iraq, Masjid Negara dari Malaysia, Masjid Mohamed Ali dari Mesir, Masjid Besar Agadez dari Nigeria, Masjid Badashi dari Pakistan, Kubah As Sakhra dari Palestina, Masjid Kul Sharif Tatarstan dari Rusia, Masjid Al Hambra dari Spanyol, Masjid Alepo Citadel dari Syria, Masjid Pusat Petani dari Thailand, Masjid Qairawan dari Tunisia, Tugu Kompleks Suleyman dari Turki, dan Menara Kalyan dari Uzbekistan. *Di sesetengah monumen terdapat kemudahan tayangan video bagi memberi maklumat secara intraktif kepada para pengunjung.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi ditalian:

Alamat   :Pulau Wan Man ,Loson Panglima Perang, 21000 KUALA Terengganu , Malaysia.

TEL          :609-627888
FAKS       :609-6309020
EMAIL    :sales@tti.com.my sales@tti.com.my
Website  :www.tti.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *