Noor Arfa Craft

Noor Arfa Craft

Noor Arfa Craft

Noor Arfa Craft Complex terletak di Kawasan Perindustrian Chendering merupakan kedudukan  yang strategik untuk dikunjungi oleh pelancong. Noor Arfa lebih sinonim dengan nama NACC  adalah perintis batik terkenal yang bermula di Kuala Terengganu sejak tahun 1980 oleh pasangan suami isteri Wan Mohd  Ariffin dan Noor Hijrah. Nama Noor Arfa ini terbentuk dari gabungan nama-nama pasangan muda ini iaitu “Noor” dan “Arif”.  Kisah bermula adalah mereka merupakan usahawan kecil di Kuala Terengganu dan berjaya membentuk satu jenama batik dengan nama Noor Arfa. 
Disini juga turut menyediakan ruang demonstrasi batik iaitu proses mencanting, mewarna dan menerap, serta beberapa produk kraf lain yang popular seperti tenunan, anyaman, pembuatan blok dan kraf kaca. Sekiranya ingin mencuba mewarna batik, pengunjung dialu-alukan dengan “Do it Yourself” yang dipandukan oleh guru dan tenaga pakar yang berpengalaman.
Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi ditalian:
Alamat :LOT 4153, CHENDRING INDUSTRIAL AREA 21080 KUALA TERENGGANU DARUL IMAN MALAYSIA.
Tel         :09-6179700
FAX      :09-6179701
EMAIL : nacc@noor-arfa.com.my
Blog      :noorarfacraftcomplex.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge