Bezza model Perodua paling laris tahun ini
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mencatatkan jumlah pengeluaran sebanyak 153,813 kenderaan dalam tempoh enam bulan pertama 2023, iaitu peningkatan sebanyak 17 peratus berbanding 131,641 unit yang dikeluarkan dalam tempoh sama pada 2022. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, bagi jualan kenderaan pula, ia terus meningkat sebanyak 13.6 peratus…