Sudah Ada Wanita Yang Berjaya Menambat Hati Fikri Ibrahim?

Sudah Ada Wanita Yang Berjaya Menambat Hati Fikri Ibrahim?

Fikry Ibrahim yang tidak asing lagi didalam industri lakonan yang sering menjadi tumpuan orang ramai mengenai gerangan wanita yang akan berjaya menakluki hatinya itu. Benarkah perasaan cinta itu mudah timbul hanya kerana dia suka akan seseorang?

Berdasarkan novel ‘Kerana Dia Suka’ karya Marissa kini diadaptasikan kepada sebuah drama bersiri yang menampilkan gandingan hebat Fikri Ibrahim dan Rita Nadira bermula 09 Mac 2022, setiap hari Rabu sehingga Sabtu pada jam 9.00 malam yang ditayangkan di slot Lestary TV3.

Kerana Dia Suka diterbitkan oleh Zeel Production Sdn. Bhd., arahan Kyoll Hamzah, nukilan skrip oleh Mufid Suhaimi dan Next Team Scene telah menampilkan barisan pelakon popular Malaysia seperti Fikry Ibrahim, Rita Nadira, Rozita Che Wan, Nasha Aziz, Aidit Noh dan Risyka Akira.

Rita Nadira memainkan watak sebagai Wardina terpaksa membatalkan majlis perkahwinannya bersama-sama Sufian selepas mengetahui tunangnya tersebut ditangkap basah ketika berada di rumah Aida iaitu anak kepada Tok Jamal, ketua kampung. Sufian menyatakan bahawa dirinya tidak bersalah dan tidak akan bersetuju pertunangan tersebut dibatalkan.

Wardina dan Zee bercuti ke Pulau Langkawi kerana tidak mahu diganggu dengan Aida yang sedang rancak membuat persiapan perkahwinan. Pelbagai insiden lucu telah berlaku diantara Wardina dan Idham yang dilakonkan oleh Fikry Ibrahim semasa mereka bertembung di KLIA. Perasaan segan didalam diri Wardina mula timbul kerana insiden tersebut. Mereka turut berpeluang untuk meluangkan masa bersama-sama apabila mereka tinggal di sebuah tempat penginapan yang sama.

Idham berterus-terang dengan Wardina bahawa dia telah menjadi tunangan orang, Wardina serta-merta mengawal perasaannya itu kerana tidak mahu menjadi orang ketiga malahan gadis tersebut juga beranggapan bahawa biarlah Pulau Langkawi menjadi saksi perkenalan mereka. Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Wardina nekad ingin melupakan Sufian dan Idham serta berazam memulakan kehidupan baharu tetapi Sufian masih lagi mengganggu Wardina dan menyatakan bahawa ia bersungguh-sungguh mahu menikahi gadis tersebut.

Semasa keberadaan Wardina di kampung, Idham tiba-tiba kembali menghubungi dan menziarahinya serta bergaul mesra dengan keluarga Wardina. Walaupun terharu akan kebaikan Idham, Wardina sentiasa menjaga batas kerana tidak mahu mengganggu tunangan orang. Pada masa yang sama, Idham juga berusaha mencari jalan penyelesaian untuk merungkai kemelut hubungan dengan tunangya Lisa kerana dia sudah mula menyayangi Wardina. Suka hanya untuk dia, adakah takdir berpihak kepada Wardina dan Idham?

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan drama romantik, Kerana Dia Suka, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 bermula 9 Mac 2022. Drama ini menampilkan lagu ‘Kan Kan’ nyanyian oleh Zarol Zarif sebagai runut bunyi rasmi (OST). Kan Kan, hasil ciptaaan oleh Cat Farish dan Suffren Ghafar serta nukilan lirik oleh Cat Farish, Zarol Zarif dan Amri Aziz.