Pencarian Peserta Musim Kelima Di Atas Talian Bermula 25 Februari 2022!

Pencarian Peserta Musim Kelima Di Atas Talian Bermula 25 Februari 2022!

I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA (ICSYVMY) adalah satu program muzik misteri yang diadaptasikan daripada program popular Korea Selatan kembali lagi untuk musim kelima pada tahun ini. Sesi pencarian peserta akan berlangsung secara atas talian bermula 25 Februari 2022.

Syarat penyertaan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas. Jika anda mempunyai personaliti yang menarik, tidak kira anda seorang penyayi atau penyamar, anda sangat dialu-alukan untuk menyertai program ini dengan menghantar rakaman video secara acapella, tiada iringan muzik dan tanpa ‘minus one’ ke www.xtra.com.my/icsyvmy dari 25 hingga 28 Februari 2022. Peserta yang terpilih akan dihubungi oleh pihak Astro

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai pencarian ICYVMY 5. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari www.xtra.com.my