SME Corp rangkul dua anugerah

SME Corp rangkul dua anugerah

SHAH ALAM – SME Corporation Malaysia (SME Corp) berjaya merangkul dua anugerah iaitu Special Recognition Award dan The BrandLaurette SMEs BestBrand Awards 2022: Strategic Business Partner, baru- baru ini.

Kedua-dua anugerah diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp, Rizal Nainy.

SME Corp dalam satu kenyataan berkata, anugerah Special Recognition Award diterima pada majlis makan malam sambutan ulang tahun ke-50 elektrik dan elektronik (E&E) Malaysia, anjuran Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) yang disokong oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), pada 30 Mei lalu.

“Anugerah The BrandLaurette SMEs BestBrand Awards 2022: Strategic Business Partner pula diterima pada 2 Jun lepas,” jelas kenyataan itu pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, anugerah itu telah mengiktiraf jenama yang kukuh dan berdaya tahan setelah menghadapi pandemik Covid-19 dan mampu meningkat untuk terus membina perniagaan serta jenama mereka.

“Kedua-dua anugerah ini didedikasikan kepada pencapaian pengurusan dan kakitangan SME Corp sekali gus mendorong mereka untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada perusahaan kecil dan sederhana (SME),” kata kenyataan itu.

Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Sumber