Amyra Rosli Dinobatkan Pengacara TV Paling Dipercayai Menerusi Nona Di Anugerah Jenama Paling Dipercayai Reader’s Digest 2022

Amyra Rosli Dinobatkan Pengacara TV Paling Dipercayai Menerusi Nona Di Anugerah Jenama Paling Dipercayai Reader’s Digest 2022

Heroin drama terkenal, Nur Amira Izzati Rosli atau lebih mesra disapa Amyra Rosli telah berjaya merangkul anugerah sebagai Pengacara TV Paling Dipercayai di malam Anugerah Jenama Dipercayai Reader’s Digest 2022 (Reader’s Digest Trusted Brands and People Awards) walaupun masih lagi baharu penglibatannya dalam bidang pengacaraan.

Tanggungjawab yang diberikan kepada Amyra Rosli untuk mengacara program Nona bermula sejak 08 Ogos pada tahun lepas.  Kelebihan yang dimiliki oleh Amyra dalam berbicara dengan gaya yang bersahaja berjaya menambat hati penonton pada setiap minggu menerusi topik menarik menyentuh isu-isu semasa berkaitan wanita dan keluarga.  Statistik menunjukkan bahawa menghampiri 1 juta penonton pada setiap minggu yang menonton program Nona yang disiarkan pada setiap Ahad, pada jam 2.00 di saluran TV3.

Ujar ibu kepada dua cahaya mata ini, “Program Nona dilihat sebagai penggerak langkah untuk diri saya menimba pengalaman dalam dunia pengacaraan.  Pada masa yang sama, program ini juga memberi semangat kepada seluruh wanita yang berada di luar sana kerana program ini menceritakan luahan dan perkongsian kisah realiti serta inspirasi dan kehebatan golongan kaum wanita.  Saya berharap program Nona ini dapat memberi manfaat kepada penonton Nona”.

Penceburannya dalam dunia industri dengan berbekalkan pengalaman selama 13 tahun sudah semestinya banyak membantu beliau untuk mengacarakan program Nona dengan identitinya tersendiri seiring dengan aura personaliti program sebelum ini seperti Puan Sri Normala Samsudin, Nurfarahin Jamsari, Ezzah Aziz Fawzy, Datin Faouziah Gous. Mira Filzah, Uyaina Arshad dan Neelofa.

Terima kasih buat penonton setia di atas kepercayaan dan sokongan yang diberi kepada Amyra Rosli selaku pengacara Nona, dan tidak dilupa juga ucapan syukur diatas penonton sedia ada dan baharu Nona kerana sentiasa menjadikan Nona rancangan kegemaran anda.