SME Corp fokus lapan sektor bangunkan PMKS Malaysia, Singapura

SME Corp fokus lapan sektor bangunkan PMKS Malaysia, Singapura

Pertukaran MoU antara Rizal (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Enterprise Singapore, Lee Chuan Teck.

Pertukaran MoU antara Rizal (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Enterprise Singapore, Lee Chuan Teck.

PERTANIAN pintar, aeroangkasa, dan industri halal antara sektor yang diberi keutamaan bagi aktiviti padanan perniagaan menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) antara SME Corporation Malaysia (SME Corp) dan Enterprise Singapore.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy berkata, bidang tersebut antara lapan sektor yang dikenal pasti ke arah pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia dan Singapura.

Menurutnya, antara lain fokus akan diberikan terhadap sektor elektrik dan elektronik, peranti perubatan, minyak dan gas, pelancongan dan biomas.

“Melalui MoU ini, kami berhasrat ianya bakal membawa kepada kerjasama lebih erat serta kemakmuran ekonomi untuk Malaysia dan Singapura, khususnya dalam pembangunan PMKS menerusi perkongsian pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik.

Sumber