Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis disokong oleh penurunan hasil Perbendaharaan AS.

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis disokong oleh penurunan hasil Perbendaharaan AS.

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis disokong oleh penurunan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, pasaran emas disokong oleh konflik di Timur Tengah dan mendapat sokongan selanjutnya daripada dolar AS yang lebih lemah disebabkan oleh kenyataan kecenderungan menurunkan kadar faedah dalam mesyuarat Rizab Persekutuan.

“Dengan penurunan hasil 10 tahun dan data Institute for Supply Management (ISM) AS yang mengunjurkan ketidaktentuan pada masa depan, emas mungkin menerima rangsangan lain menerusi kemelesetan ekonomi AS,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak November 2023 naik kepada AS$1,998.10 setiap auns troy daripada AS$1,992.50 setiap auns troy, Disember 2023 meningkat kepada AS$2,008.00 setiap auns troy daripada AS$2,002.10 dan Januari 2024 menokok kepada AS$2016.30 setiap auns troy daripada AS$2010.40 setiap auns troy.

Sumber